Siakap Keli
Gambar: Today Online

Budak 9 Tahun Maut Diserang Dua Ekor Anjing, Diseret Kira-Kira 50 Meter & Kepala Hampir Putus

Seorang gadis berusia sembilan tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat diserang oleh dua ekor anjing ketika perjalanannya ke sekolah. Kejadian yang berlaku di China itu adalah apabila gadis berkenaan sedang bersendirian melalui di jalan luar bandar kecil di antara ladang jagung dan hutan di Quyang, wilayah Hebei pada Khamis lalu.

Menurut laporan media tempatan, anjing-anjing tersebut menyerang gadis berkenaan dengan memanjat lehernya dan gadis berkenaan cuba melarikan diri ke sekolah bagi mendapatkan bantuan. Kakak kepada gadis berkenaan juga bertindak membaling batu untuk menghalau anjing berkenaan namun tetap gagal.

Ekoran itu, dia berlari ke rumahnya untuk meminta bantuan daripada ibu bapa. Sejurus ibu bapa gadis malang itu tiba di tempat kejadian, mereka telah berjaya mengusir kedua-dua ekor anjing tersebut.

Namun malangnya ialah kanak-kanak itu telah meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian lehernya. Memetik kata-kata penduduk sekitar, kedua-dua anjing tersebut adalah bersaiz besar dan telah menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan leher gadis berkenaan.

“Kedua-dua anjing itu besar. Mereka melompat dan gigit leher gadis itu, lehernya hampir terputus dan kepalanya mengalami kecederaan” – Saksi

Menurut salah seorang penduduk yang lain, dikatakan bahawa anjing itu telah mengheret Ling Ling kira-kira 50 meter semasa serangan tersebut. Setelah disiasat, anjing tersebut merupakan milik salah seorang penduduk di situ. Pemilik anjing berkenaan mendakwa bahawa dia tidak menyedari bahawa kedua-dua ekor anjingnya telah melarikan diri dari rumah dan menyebabkan kematian.

Pihak polis tempatan telah menangkap anjing berkenaan dan menjalankan siasatan jenayah kerana telah menyebabkan kematian. Kejadian maut akibat serangan anjing bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku di situ.

Sumber: SCMP

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa