Siakap Keli

(Video) Air Naik Paras Dada, Viral Pengantin Sangkut Dalam Banjir Terpaksa Diselamatkan Orang Ramai

Musim banjir kini telah melanda negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Paras air di Terengganu iaitu di Setiu dan Besut juga setakat pagi ini telah melepasi paras bahaya selain beberapa kawasan telah dilanda banjir.

Menerusi sebuah video yang tular, seorang bakal pengantin baru dipercayai terkandas ketika sedang melalui sebuah jalan raya yang dinaiki air. Lokasi tersebut dikatakan berlaku di Batu 13 Hulu Besut Terengganu.

Bakal pengantin perempuan yang memakai pakaian serba putih, terperangkap bersama seorang wanita dibantu oleh orang awam untuk keluar dari kenderaan tersebut. Mereka dibawa menaiki bot kerana air berada di paras dada yang turut menenggelamkan separuh daripada kenderaan.

Tonton video di bawah.

Video Kredit: Ayah Llah

Sumber : INFO Bencana Pahang & Luar Pahang

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.