Siakap Keli

(Video) Pemandu Tak Sedar Pintu Kereta Terbuka, Bayi Dalam Carseat Melayang Tercampak Atas Jalan Di Selekoh

Tular di media sosial mengenai satu rakaman yang memaparkan seorang bayi terjatuh daripada sebuah kereta yang sedang bergerak. Insiden itu telah berjaya dirakam oleh kamera Dashcam yang dipasang di dalam sebuah trak di belakang kereta tersebut.

Insiden yang berlaku di Mankato, Amerika Syarikat itu melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun. Namun, mujurlah kanak-kanak tersebut diletakkan di dalam baby carseat ketika dia terjatuh di atas jalan.

Menerusi rakaman tersebut, bayi wanita itu dilihat tergelincir daripada sebuah kereta yang sedang bergerak di satu selekoh. Walau bagaimanapun, pemandu tersebut tidak menyedari akan insiden yang berlaku itu dan meneruskan perjalanannya.

Menurut pemandu trak yang berada di belakang kereta tersebut, bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Ibu kepada bayi berkenaan telah berpatah balik ke tempat kejadian setelah menyedari bahawa anaknya tidak berada di dalam kereta.

Menurut pihak berkuasa, bayi berkenaan diikat dengan baik di dalam carseat dan menyelamatkannya daripada kecederaan.

Sumber: ABC.net / Ben Philips

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.