Siakap Keli
Gamabr sekadar hiasan

Awas, Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Dijangka Landa Kelantan, Terengganu Hingga Esok

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat bahaya di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok.

MET Malaysia dalam kenyataan hari ini, mengeluarkan amaran bahaya iaitu hujan sangat lebat yang dijangka berterusan berlaku di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Marang dan Pasir Puteh bagi negeri di Kelantan.

Sementara di Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut dan Setiu.

Bagi amaran buruk pula, hujan lebat dijangka berterusan di daerah Jeli dan Kuala Krai (Kelantan), Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman (Terengganu), serta Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang).

Amaran waspada turut dikeluarkan pada beberapa daerah di tiga negeri iaitu Gua Musang Kelantan, Jerantut Pahang, Mersing dan Kota Tinggi, Johor.

Sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)