Kekecewaan dirasakan oleh seluruh keluarga kepada salah seorang atlet Gimnastik Indonesia apabila dia dipaksa pulang ke tanah air dipercayai ekoran dituduh sudah tidak mempunyai dara.
Tindakan menghantar pulang atlet berkenaan ke Indonesia telah membuatkan impian atlet gimnastik itu untuk mengharumkan nama Indonesia di pentas Sukan Sea 2019 lebur. Isu keperawanan atlet berkenaan bagaimanapun telah mendapat pelbagai spekulasi apabila ianya kecoh di media sosial.
Walau bagaimanapun, atlet wanita berusia 17 tahun ini telah melakukan ujian bagi memastikan perkara yang sebenarnya. Hasilnya, ternyata atlet ini masih mempunyai dara dan tuduhan terhadapnya adalah tidak benar sama sekali.
Tuduhan mengenai isu keperawanan terhadap atlet yang telah merangkul 49 pingat ini adalah hanya disebabkan sering pulang lewat malam dan disangka sudah tidak perawan. Tindakan menghantar pulang atlet berkenaan telah membuatkannya berasa terkejut dan turut memberi kesan kepada keluarganya.
Menurut ibunya, dia juga berasa terkejut setelah mendapat tahu mengenai perkara terbabit. Tambahnya, dia tidak menyangka bahawa anaknya dihantar pulang dengan alasan sering pulang malam dan sudah tidak perawan.
Ya, tidak menyangka. Tak ada surat, tak ada pemberitahuan terus disuruh pulang. Alasannya, anak saya sering pulang malam dan sudah tidak perawan.
Ekoran perkara ini, atlet muda berkenaan dikatakan meminta untuk ditukarkan sekolah ekoran malu berhadapan dengan pelajar lain. Tambah ibunya di dalam portal Tribunnews, diharapkan selepas ini tiada lagi atlet yang mendapat nasib sama seperti anaknya.
Kejadian seperti ini jangan sampai terjadi pada atlet lain. Jangan sampai ada yang terkena lagi, biar anak saya saja yang menjadi korbannya.
Untuk mendapatkan keadilan, surat laporan mengenai perkara demikian telah hantar ke Presiden Indonesia, Jokowi dan pihak-pihak yang terlibat.
Walau bagaimanapun, Pengurus Besar Persatuan Senam Seluruh Indonesia telah tampil menjelaskan bahawa atlet wanita yang digugurkan itu bukan kerana masalah keperawanan tetapi kerana prestasinya yang menurun.
Sumber: Inews / Tribunnews