Siakap Keli

Banjir Di Terengganu Terus Memburuk, 5,807 Orang Jadi Mangsa Setakat Ini

KEMAMAN, 2 Dis – Hari keempat banjir di Terengganu menunjukkan situasi  semakin buruk. Peningkatan mendadak mangsa kepada 5,807 orang daripada 1,719 keluarga setakat 8 pagi ini.

Menurut petikan berita tempatan, mangsa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PSS) Balai Raya Kampung Padang selepas hujan lebat berpanjangan.

Menurut mangsa, hujan berterusan dari pagi walaupun sekejap namun ianya sangat lebat sehingga air sungai Tebak naik dengan cepat.

Seorang lagi mangsa berkata, kali ini keadaan air kelihatan lebih deras berbanding banjir sebelum ini. Hanya mengambil masa setengah jam sshaja, air sudah naik kerana hujan tidak berhenti dari Sabtu lagi.

Menurut Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkata, kejadian banjir kali ini adalah yang terburuk dan jika melihat cuaca, memang ianya bertambah buruk.

Katanya lagi, pihaknya akan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang kemunngkinan.

Sumber: Awani , Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)