Siakap Keli

(Gambar) Kejam, Kepala Ibu Anjing Baru Beranak Didakwa ‘Dibelah’ Hingga Nampak Isi & Darah, Pelaku Dicari

Penampang, Sabah – Seekor ibu anjing didakwa dikelar di kepala menggunakan objek tajam pada atas mata kirinya sehari selepas melahirkan lima ekor anak di Vista Minintod, di sini, Jumaat lalu.

Menurut Borneo Animal Welfare Society, Sabah, mereka menerima laporan mengenai keadaan anjing tersebut sebelum membawa haiwan itu ke tempat perlindungan anjing Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mendapatkan rawatan.

Kata wakil persatuan tersebut, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 6 pagi sehingga 4 petang 29 November lalu di apartment berkenaan.

“Kami memohon orang awam menjadi saksi terhadap kejadian ini. Insiden di Vista Minintod dipercayai berlaku pada Jumaat, 29 November antara jam 6 pagi sehingga 4 petang. Jika anda menyaksikan kejadian, mohon hubungi kami di talian 019-535 5558,” katanya.

Ibu malang yang dinamakan Vista itu kini berada dalam pemantauan pusat kurungan haiwan terbiar bersama anak-anaknya dan bakal ditawarkan kepada mana-mana individu yang ingin mengambilnya sebagai haiwan peliharaan apabila sembuh kelak.

Titisan darah dipercayai milik ibu anjing.
Titisan darah dipercayai milik Vista. (Kredit: Facebook)
Keadaan luka anjing berkenaan.
Keadaan luka anjing berkenaan. (Kredit: Facebook)

 

 

anak-anak anjing di dalam kotak
Anak-anak anjing di dalam kotak. (Kredit: Facebook)
Vista selepas mendapat rawatan
Vista selepas mendapat rawatan. (Kredit: Facebook)

Kepada pelaku, saya doakan moga dapat balasan secepatnya

Tak nak tolong tak apa, tapi jangan aniaya mereka untuk kemarahan dan kepuasan hati anda

Kasihan, ada anak lagi

Bagaimana kau seksa binatang, begitu jugalah kau akan diseksa

Tak suka tak apa, tapi tolong jangan sakiti makhluk bernyawa seperti kita

Kes yang serupa turut berlaku kepada seekor ibu anjing bernama Noobu yang dipotong hidung dan mulutnya oleh individu tidak bertanggungjawab beberapa bulan lalu.

Lantaran itu, badan sukarelawan kebajikan haiwan menawarkan skuter kepada individu yang menyalurkan maklumat terhadap kekejaman berkenaan.

Sumber: Borneo Animal Welfare Society, Sabah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.