Siakap Keli
Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

(Gambar) Kejam, Anjing Dipotong Mulut Dan Hidung, NGO Tawar Hadiah Skuter Kepada Pemberi Maklumat

Manusia boleh menjadi makhluk yang terbaik dan juga makhluk terburuk jika mengikut hawa nafsu. ‘Syaitan bertopengkan manusia’, inilah gelaran selayaknya buat individu yang sanggup menganiayai haiwan yang tidak mampu mempertahankan diri.

Semata-mata kerana sering meminta makanan, seekor anjing betina dipotong mulut dan hidungnya oleh seorang individu zalim, menampakkan lompong pada wajahnya.

Hal ini telah dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebook mereka.

“Lihat muka ibu anjing bernama Noobu yang dipakuk betul-betul. Bagaimana mungkin pelaku yang zalim tergamak menganiaya anjing daif yang sekadar datang mencari makan seketul dua sisa tulang yang ada.

Pandangkan wajah kedua-dua anak berumur 7 bulan kepada ibu anjing malang ini. Seekor bernama Simba (Jantan) dan Nala (Betina). Bagaimana perasaan manusia jika ada anak kecil tetapi sang ibu dianiaya hingga cacat.

Mereka juga punya perasaan dan naluri kasih sayang, sedih, kecewa dan hiba. Mereka juga mengerti jika dihina dan dibenci.

Anak-anak anjing berkenaan.

Kemana perasaan manusia yang sepatutnya menjadi pelindung dan suara terhadap makhluk yang tak mampu berkata-kata dan melawan ini?

Kejadian di Kampung Tembovo, Penampang, Sabah Malaysia ini amat meruntun jiwa para pencinta haiwan. Pelaku masih bebas tanpa tindakan dan pemburuan lagi.

Terima kasih kepada aktivis haiwan dan kumpulan haiwan yang terlibat menyelamatkan Noobo dan anak-anaknya.

Tawaran hadiah buat pemberi maklumat

Animal Malaysia masih menyiasat fakta kejadian dan sesiapa ada maklumat lengkap kejadian ini yang dikatakan berlaku di Sabah Malaysia mohon salurkan kepada Animal Malaysia.

Animal Malaysia menawarkan hadiah sebuah skuter Daelim History 125S buatan Korea bernilai RM9500.00 kepada Individu atau saksi kejadian yang memberi maklumat lengkap hingga tertangkapnya pelaku zalim ini dan berjaya dihukum dan dihumban ke penjara.

Salurkan maklumat melalui WhatsApp ke +601120901097. Pengenalan pengadu dijamin privasi.

Kredit: Persatuan Haiwan Malaysia

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Amira

Love yourself.