Siakap Keli
Kredit Foto: ctvnews

Paus Sperma Ditemui Mati Terdampar, Derita Perut Dipenuhi 100 Kg Sampah Sarap

Seekor paus sperma ditemui mati terdampar di sebuah pantai di Isle of Harris, Scotland yang dipenuhi kira-kira 100kg sampah sarap di dalam perutnya.

Pelbagai jenis sampah yang dijumpai dalam perut paus tersebut termasuklah jaring, tali, beg, cawan plastik dan tali pembungkusan.

Bangkai paus tersebut telah dijumpai oleh penduduk tempatan pada Khamis lalu ini dikatakan mungkin berpunca daripada pencemaran marin yang semakin banyak berlaku.

Kredit Foto: dailymail

Menurut Program Haiwan Laut Terdampar (SMASS), sebuah organisasi yang berperanan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian paus itu telah menjalankan siasatan.

Jumlah sampah di dalam perut paus tersebut juga dikatakan tidak masuk akal dan mungkin menyebabkan kematiannya.

Kredit Foto: WGAU

Walau bagaimanpun, tiada sebarang bukti dijumpai mengenai sampah tersebut sama ada ianya memberi kesan atau tidak ke atas kematian paus itu.

Sampah sarap tersebut dipercayai hasil daripada kegiatan daratan dan juga sektor perikanan di lautan tersebut.

Sumber: BBC

Siti Natrah Jusof