Siakap Keli
Foto: Facebook

Tular Video Kononnya Bakal Berlaku Banjir Besar Di Cameron Highland, TNB Sahkan Itu Berita Palsu

Tular beberapa video di medium sosial media yang mendakwa limpahan empangan tersebut milik kendalian Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bagaimanapun, penafian tersebut dibuat oleh pihak TNB untuk menjernihkan keadaan.

Video yang tular itu mendakwa limpahan empangan yang berlaku di Cameron Highland dan Empangan Kenyir adalah palsu.

Kenyataan Nafi TNB

TNB menafikan dakwaan ‘Empangan Cameron Highlands terpaksa dibuka untuk mengelakkan empangan pecah’ seperti yang viral di media sosial.

Sehingga kini, air yang dikeluarkan untuk tujuan penjanaan kuasa adalah terkawal. 

Perbuatan tidak bertanggung jawab ini amat mengelirukan sehingga boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sah di media sosial.

TNB menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video limpahan air empangan yang ditularkan pihak tidak bertanggung jawab di media sosial kononnya pelepasan air dari Empangan Kenyir, Terengganu.

Rakaman video tersebut bukanlah di Empangan Kenyir tetapi dari Empangan Tembat berdekatan yang memiliki kawasan tadahan berkeluasan hanya 0.05% daripada Empangan Kenyir.

Air yang dilepaskan adalah pelepasan semulajadi (natural spillage) yang disalurkan ke tasik Kenyir dan tidak perlu dibimbangi.

TNB telah membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh seperti dengan menurunkan paras air empangan serta melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.

Sebelum itu juga TNB menafikan satu lagi berita palsu dimana ada video mendakwa kononnya air empangan yang dilepaskan dari Empangan Tasik Kenyir, Terengganu.

Sumber: TNB

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)