Siakap Keli

(Video) “Selamba Macam Rambo”, CCTV Rakam Lelaki Dipercayai Rompak Kedai Emas Seorand Diri

Dua orang staf sebuah kedai emas didakwa berlaku di sebuah pasaraya terkenal menghadapi detik cemas apabila seorang lelaki dipercayai bersenjatakan senapang bertindak merompak kedai tersebut.

Dalam video berdurasi 2.19 minit yang dikongsikan di laman Twitter itu, kelihatan seorang lelaki berbaju putih memakai topi keledar memasuki premis berkenaan.

Kedua-dua staf yang tidak mengetahui bahaya menanti hanya melihat apa yang dilakukan individu berkenaan sebelum lelaki itu secara tiba-tiba mengacukan senapang kepada mereka berdua.

Kedua-dua staf itu terus melarikan diri sementara suspek memecahkan cermin kaca kedai tersebut dipercayai menggunakan kapak dibawanya.

Jumlah kerugian belum dapat diketahui setakat ini.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)