Siakap Keli
Foto: Dak Waniey

Anak Demam Lebih 3 Hari Hidap Influenza B, Hadif Meninggal Dunia Pada Tarikh Hari Lahirnya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kehilangan insan tersayang sangtlah perit, tambahan pula ada pertalian darah dengan kita. Tiada siapa yang akan memahami perasaan itu. Mana tidaknya, insan yang ‘pergi’ itu anak kesayangan yang ditatang minyak yang penuh.

Hanya jiwa yang tabah sahaja dapat menerima ujian Allah yang sudah ditentukan takdir olehNya. Namun, ibu mana yang tidak bersedih dengan pemergian anak comel yang masih kecil untuk selama-lamanya.

Perkongsia Puan Wani di laman Facebooknya, pemergian anak tercinta pada hari jadinya yang ke 4 tahun pada 7 Ogos lalu.

Moga syurga untuk anak ummi

Menurut ibu ini ketika dihubungi, sebelum ini anak-anaknya bermandi-manda di kolam di kediamannya dan mendapati kedua anaknya demam selepas aktiviti tersebut. Bagaimanapun, anak keduanya ini tidak kebah dari demam lebih dari tiga hari dan mendapati positif influenza B.

Tambahnya, anak kedua tersebut sebelum ini memang ada simtom jangkitan paru-paru. Tetapi katanya, anaknya mengalami batuk teruk dua hari sebelum meninggal dunia.

Makan seperti biasa cuma batuk sahaja. Lagi satu, Hadif (anak kedua) sering meminta air namun tidak pula kerap untuk kencing.

Malam terakhir sebelum pemergian dia, badan Hadif mula sejuk, pucat, dan sering minta air kerana haus. Yang merisaukan kami, Hadif tidak kencing walaupun minum dengan kuantiti yang banyak.

Sering menjadi tanda tanya, kenapa dia selalu sejuk sahaja, selalau batuk walau sudah bawa untuk pemeriksaan doktor pada malam-malam terakhirnya.

Gambar terakhir sebagai kenangan

Gambar ini ummi set as wallpaper sebab ni gambar terakhir umi amek. Dengan baju yang awak pakai ni, kita jumpa kali terakhir pad tarikh 7.8..dengan berbaju ni jugak, awak pergi untuk selamanya..

Rindu Umi tak pernah hilang untuk awak Didip..
Salam rindu utk anak syurga..

Momen terakhir anak kecil bersama umminya

Saya lahirkan adiknya pada 4 Ogos 2019 walaupun tarikh due pada 20hb. Mungkin ini merupakan petanda dan hikmah disebalik kesedihan ini. 

Hari kedua saya berada di wad, 7hb Arwah datang bersama abahnya tapi dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Hanya tidur dan minta untuk rehat sahaja.

Keadaannya sangat lemah, kejap-kejap nak baring, mata hitam naik atas. Saya ada rasa sesuatu yang tak kena kat dia. Saya ibu, saya lebih rasa.

Petang 7hb Ogos 2019, hari kejadian saya kehilangan anak tercinta.

Tarikh itulah saya lahirkannya 4 tahun lalu, dan tarikh ini juga dia pergi buat selamannya. Dan tidak sempat untuk melihat adik yang baru lahir ketika itu. 

Suami saya telefon cakap Hadif kejang di rumah. Dengan segera bawa ke hospital berdekatan di rumah untuk pemeriksaan. Tidak sangat, hadif dimasukkan ke dalam kecemasan dan terus kena elektrokardiogram untuk tingkatkan deyutan jantungnya. 

Panggilan kedua daripada suami saya membuatkan hati ini makin resah. Suami memberitahu hayat anak saya hanya menggunakan mesin dan peratusan untuk teruskan hidup hanya 50% sahaja. 

Dengan segera, saya terus minta suami datang ambil di hospital untuk saya pergi tengok anak saya di hospital tersebut. Saya ‘discharge’ kerana terlalu resah dengan keadaan anak kedua ini.

Saya ‘discharge’ dengan segera tanpa memikirkn keadaan kesihatan saya mengalami tekanan darah rendah kerana baru 3 hari bersalin anak ketiga pada waktu itu.

Tapi, selepas selesai hari pengebumian Hadif, saya selesaikan bil di hospital. 

Saya nak cabut mesin ini, kata doktor yang rawat anak.

Tapi saya cakap, tunggu saya sehingga datang. Sebagai ibu saya mengharapkan sinar yang akan berlaku. Manalah tahu, aura seorang ibu ini dapat naikkan semangat anak. 

Saya dapat rasa Hadif gengam erat tangan saya

Saya datang je kat Hadif, saya gengam tangannya sekuat mungkin, dan saya dapat rasakan gengaman saya dibalas. Saya terus kuatkan semangat dan berharap Hadif akan bangun.

Saya dapat rasakan gengaman tangan saya terus cakap pada ibu “Ibu, Hadif gengam tangan Wan,” memang itu adalah hint bahawa dia ingin beritahu dia akan pergi untuk selamanya.

Sambil gengam, saya bisik pada telinganya “Hadif bangun sayang, nanti kita tengok adik hadif.”

Momen ini memang buat ramai yang mengalir air mata. Hanya orang yang dapat rasakan saja yang akan merasa momen terakhir ini. Luluh hati seorang ibu yang berharap untuk anaknya bangun dari lena panjang.

“Untuk pengetahuan puan, dah tiga kali jantung anak puan terhenti,” doktor.

“Saya redha pemergiannya walau rasa terkilan sebab tak rasa apa yang dia rasa selama ini.”

Saya tak izinkan untuk pihak hospital lakukan postmoterm kerana menyiksa arwah.

Puan Wani juga ada memberitahu, anaknya ini sering terkena sawan ketika mengalami demam suhu yang tinggi sahaja, itupun setahun lalu.

Untuk pengetahuan anda, pemergian anak kecil ini di sebabkan ‘sepsis shock’. Sepsis shock ini berikutan daripada jangkitan kuman(virus) dalam darah yang merebak dan menyebabkan sel darah putih lebih banyak melebihi sel darah merah. Kesan dari jangkitan kuman yang tinggi inilah yang menyebabkan buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pesanannya, vaksin sangat penting untuk anak kecil malah vaksin radang paru-paru yang diperkenal oleh kerajaan itu turut penting untuk disuntik kepada anak kecil.

 

Sumber: Dak Waniey

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)