Siakap Keli
Foto: Twitter Nazira

Mufti Wilayah Tampil Jawab Soalan Kanak-Kanak Kecewa ‘Dihalau’ Ke Saf Belakang

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kerana tidak berpuas hati disuruh solat ke saf belakang, tular seorang kanak-kanak menulis surat kepada ahli surau. Dia menuliscsurat tersebut untuk mempersoalkan haknya untuk menunaikan ibadat di barisan pertama.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita, bila shaaja nama sebagai kanak-kanak mereka perlu berada di belakang atau dilarang untuk menunaikan solat di saf hadapan.

Menerusi kiriman di laman Twitter, tular satu lampiran yang ditulis oleh seorang kanak-kanak yang dikatakan kecewa kerana dihalau dari saf hadapan surau tersebut.

Sempat pihak Siakap Keli menghubungi ibunya, Nadira Rahim tentang hal ini. Ibunya berkata, dia dan suaminya tidak masuk campur tentang hal ini kerana ia sudah berlalu 2 tahun lalu.

Katanya lagi, hubungan anaknya dan pihak surau tersebut sudah berdamai. Anaknya ketika itu berusia 8 tahun, namun pemikirannya lebih matang daripada umur sebenar.

Namun, sekali lagi lampiran ini tular sehingga mendapat pengetahuan Mufti Wilayah Persekutuan di Twitter.

Sebenarnya selaku Mufti Wilayah Persekutuan, pakcik dah ulas isu ini lama dahulu, tahun 2016 dalam Bayan Linnas bertajuk Masjid dan Kanak-Kanak. Anakanda boleh klik di sini muftiwp.gov.my/en/artikel/bay untuk membaca.

Ringkasnya, di dalam Sahih al-Bukhari, no. 380 terdapat sebuah hadith yang menceritakan tentang bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak-kanak kecil dan kemudian Rasulullah SAW solat bersama mereka.

Imam al-Mawardi berkata: “telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak (dalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pergerakan-pergerakan solat.” (Lihat al-Hawi al-Kabir, 2/340).

Begitu juga kata al-Khatib al-Syarbini: “Kedudukan sebagaimana yang disebutkan (kanak-kanak di belakang) ialah apabila mereka semua datang pada waktu yang sama. Sekiranya kanak-kanak hadir terlebih dahulu, tidak boleh ditarik mereka bagi memberi laluan kepada lelaki dewasa.

Ini sebagaimana jika mereka terlebih dahulu masuk ke saf pertama, maka sesungguhnya mereka lebih berhak, pada pendapat yang sahih. Ia sepertimana dinukilkan dalam Al-Kifayah daripada Al-Qadhi Husain dan selainnya. 

Kalau ada orang kata nanti terputus saf bila ada budak-budak antara orang dewasa, cakap pada dia, Mufti Wilayah Persekutuan belum jumpa lagi mana-mana ulama’ yang kata begitu.

Manakala terdapat suatu pendapat di sisi para fuqaha bermazhab Syafie yang mengatakan bahawa diletakkan di antara dua orang lelaki dewasa itu seorang kanak-kanak supaya dia dapat mempelajari pergerakan-pergerakan solat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27/36-37).

Di samping itu, dia dapat menasihatkan kanak-kanak dari berbuat bising dengan mengajarkan adab-adab dan meraikan kehormatan masjid.

Tahniah sekali lagi pakcik ucapkan kepada anakanda Nadzrul. Pakcik doakan anakanda sentiasa menjaga solat lima waktu dan berusaha mendapatkan saf pertama setiap kali solat. Kalau jumpa pakcik di mana-mana nanti, kenalkan diri ya. Ada hadiah untuk Nadzrul.

 

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al bakri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang