Siakap Keli

Telah Diwartakan Sejak Dahulu, Lagu Negaraku Tidak Boleh Diubah – Dr Teo Kok Seong

Sejak pagi tadi, tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan pelajar menyanyikan lagu Negaraku dalam bahasa Mandarin. Rakaman yang berdurasi 1 minit 23 saat itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam kalangan netizen.

Terkesan dengan isu ini, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat bahawa lagu Negaraku tidak boleh diubah sama sekali. Perkara ini kerana lagu Negaraku telah diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Tambahnya lagi, lagu Negaraku merupakan simbol yang sangat penting kepada kedaulatan negara. Disebabkan itu, lagu berkenaan tidak boleh diubah termasuklah lirik dan iramanya oleh sesiapa pun.

Kok Seong juga berpendapat bahawa sesiapa yang berfikiran waras tidak akan sesekali menterjemahkan lagu kebangsaan kerana asalnya adalah dalam bahasa Melayu.

Barangkali murid-murid ini mungkin menjadi mangsa sahaja. Kemungkinan juga ia boleh diada-adakan oleh pihak yang sengaja mengeruhkan keadaan.

Akhir-akhir ini, peristiwa yang boleh disifatkan sebagai anti nasional yang bertentangan dengan kepentingan negara kerap berlaku.

Sumber: Sinar Harian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.