Siakap Keli

“Laki Aku Baru Ni Tidur Tampar Muka Aku,” Kisah Ragam Suami Mengigau Pecat Perut

Kebanyakan daripada kita mesti pernah mengalami situasi berhadapan dengan individu yang mengigau ketika tidur atau mungkin kita yang mengalaminya sendiri.

Kadangkala ada yang sampai melakukan perkara yang pelik dan mengeluarkan percakapan yang tidak masuk akal.

Mengigau tu macam mana?

Mengigau semasa tidur atau somniloquy adalah sejenis parasomnia iaitu kelakuan abnormal semasa sedang tidur. Ia merupakan sesuatu yang agak normal dan kebiasaannya tidak mempunyai kaitan dengan apa- apa masalah kesihatan. 

Mengigau juga turut dikaitkan dengan beberapa punca lain seperti keletihan, stress, mimpi dan demam.

Laman Twitter @IsskndarAriffin telah berkongi komen-komen pasangan berkahwin tentang pengalaman mereka menghadapi pasangan yang kuat mengigau.

Dia buat mikrofon tangan aku ni pastu nyanyi lagu Isabella

Tarik kepala sampai rasa nak tercabut sebab ingatkan itu bola jaring.

Rata-rata warganet terhibur dengan pengalaman serta cerita yang dikongsikan.

Sumber : Twitter 

Nurul Alia Ali

Nur Farra