Siakap Keli
Kredit Foto: NDTV

Gunung Berapi White Island Di New Zealand Meletus, Sekurang-Kurangnya Lima Terkorban

Sebuah gunung berapi telah meletus di New Zealand, sekurang-kurangnya lima terkorban dan selebihnya masih belum dikenal pasti, kata polis.

Pelancong dilihat sedang berjalan di sekitar White Island beberapa saat sebelum letusan.

Polis berkata 23 orang telah berjaya diselamatkan, namun amaran telah dikeluarkan supaya tidak menghalang usaha menyelamat yang sedang giat dijalankan.

Tentera New Zealand kini membantu polis dalam usaha menyelamatkan mangsa yang lain.

White Island, juga dikenali sebagai Whakaari, merupakan salah satu gunung berapi paling aktif di negara tersebut.

Walaupun begitu, pulau ini merupakan destinasi yang paling kerap dikunjungi dalam satu hari. Letusan tersebut meletus sekitar jam 14:11 waktu tempatan (1:11 GMT).

Menurut Micheal Schade, dia telah melihat asap tebal dan percikan api daripada gunung berapi tersebut dan segera meninggalkan kawasan tersebut menggunakan bot selepas melakukan tinjauan pada waktu pagi di kawasan tersebut.

Micheal Schade berkata kepada BBC, dia berada di sekitar kawasan tersebut 30 minit sebelum ianya meletus.

Menurut saksi lain, Brazil Allessandro Kauffmann, gunung tersebut telah melepaskan letusan secara perlahan-lahan.

“Terdapat dua kumpulan yang telah pergi ke gunung berapi tersebut pada hari ini, salah satunya ialah kami. Kami meninggalkan kawasan ini lima minit sebelum gunung berapi meletus,” katanya di Instagram dalam bahasa Portugis.

Manakala pelancong lain yang tiba di kawasan gunung berapi berkenaan tidak sempat meninggalkan kawasan tersebut dan telah mengalami luka terbakar yang agak serius.

Sumber: BBC

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.