Proton merupakan jenama kereta Malaysia yang sentiasa menjadi kebanggaan sejak dari tahun 80-an lagi.
Proton Saga menjadi model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Bukan sahaja diedarkan di Malaysia, Proton Saga juga menembusi pasaran luar negara termasuk di United Kingdom (UK) pada Mac 1989.
Jika anda pernah menonton salah satu daripada episod Mr Bean, pasti anda akan berasa kagum dan bangga kerana Proton Saga digunakan di dalam siri popular tersebut.
Walaupun Proton Saga telah dinaik taraf dengan rekaan dan ciri-ciri yang lebih moden, model Proton Saga lama masih lagi mempunyai peminat yang tersendiri bukan sahaja di Malaysia malahan di luar negara.
Buktinya dapat dilihat menerusi satu kiriman di Facebook Practical Classics yang memuat naik gambar Proton Saga dan memuji kualiti kenderaan tersebut.
Ia mungkin dilihat tidak mempunyai daya tarikan namun Proton pertama di UK membuktikan harga yang murah tidak semestinya mempunyai kualiti yang rendah dan tidak dipercayai.
https://www.facebook.com/PracticalClassics/posts/2886566931361575
Lebih mengejutkan, komen di kiriman tersebut dihujani dengan penggemar Proton Saga dari UK dan ada yang masih menyimpannya dalam keadaan baik.
Sumber: Practical Classics