Siakap Keli
Foto: Loe Fakhrul

Wakil Malaysia Ketinggalan, Anggota Bomba Perlukan Undi Anda Untuk Dipilih Ke Ekspedisi Fjallraven Polar 2020

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Hari ini merupakan hari terakhir untuk ‘hero Malaya’ ini mendapat undian untuk mewakili Malaysia untuk ekspedisi Fjallraven Polar 2020. Beliau juga merupakan salah seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Dengan satu azam supaya dapat membawa nama Malaysia puncak gunung tertinggi dunia, Gunung Everest.

Loe Fakhrul

Nama saya Mohd Fakhrul Munir bin Mohd Isa dan lebih dikenali sebagai Loe. Berpengalaman dalam sukan lasak hampir 25 tahun seperti mendaki gunung, payung terjun, berkayak, white water rafting, mendaki tembok batu, berbasikal dan lain lagi.

Berazam mendaki gunung Everest, merantau hampir 30 buah negera

Saya berazam untuk menakluki gunung Everest dan melengkapkan pendakian ‘7 summits’. Saya juga telah merantau hampir 30 buah negara dan pernah mendaki sehingga ketinggian melebihi 6000 meter di India.

Antara yang telah didaki ialah Everest Base Camp, Annapurna Base Camp di Nepal, G. Fansipan di Vietnam, G. Damavand dan G. Alam Kouh di Iran, G. Siguniang di China, G. Kosciuszko di Australia, G. Fuji di Jepun, G. Von Bulow di New Zealand dan lain-lain lagi.

Fjallraven polar 2020 ini merupakan suatu pengembaraan dengan menggunakan sled anjing sejauh 300km yang bermula di Norway dan berakhir di Sweeden.

Penyertaan ini terbuka kepada seluruh dunia di mana peserta perlu mendapat undian tertinggi mewakil 11 pecahan negara. Malaysia dikelaskan dalam kategori Asia / Oceania yang akan berentap dengan 7 negara lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Australia, New Zealand, Thailand dan Vietnam.

Selain itu, seorang lagi peserta akan dipilih oleh juri dalam kategori yg sama. Tahun ini merupakan tahun kedua saya mencuba nasib utk terpilih sebagai peserta dalam Fjallraven Polar.

Pada tahun lepas saya sekadar mendapat kedudukan ke 6 Asia/Oceania dan ke 3 Malaysia. Saya amat berharap agar mendapat undian tertinggi pada tahun ini bagi mewakili negara dan juga Asia/Oceania untuk mengibarkan jalur gemilang semasa ekspedisi yang terkemuka itu nanti.

Selain itu, saya juga berazam untuk menyampaikan mesej keamanan dunia disamping mengamalkan gaya hidup sihat dan berani menyahut cabaran walau apa jua keadaan di luar zon selesa.

Minat dari kecil tentang sukan lasak

Menurut beliau, minatnya tentang aktivit lasak ini dari umur muda lagi. Untuk pengetahuan anda semua, beliau sedang menjalani latihan untuk bersiap sedia mendaki gunung tertinggi, gunung Everest dan 7 puncak yang lain.

Harapan untuk Malaysia mengundi

Oleh itu saya amat mengharapkan semua rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik dan cintakan keamanan agar dapat bersatu hati dan meluangkan masa seketika untuk mengundi saya dan berkongsi pautan ini agar ramai lagi rakyat malaysia yang akan mengundi dan seterusnya membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Kepada rakyat Malaysia, undilah beliau sebagai rasa semangat patriotik yang tinggi.

Kliik disini untuk membuat pengundian, fjallraven.com.

Untuk makluman, kedudukan terkini beliau ialah no 1 dalam Malaysia dan no 4 Asia/Oceania di belakang Indonesia yang menggunguli 3 carta teratas.

Sumber: Loe Fakhrul

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang