Siakap Keli

Anak 5 Tahun Berjaya Selamatkan Ibunya Daripada ‘Dilempar’ Dari Tingkat 9

Tindakan bijak seorang kanak-kanak perempuan yang baru sahaja berusia lima tahun telah berjaya menyelamatkan ibunya daripada dibunuh. Kejadian itu ekoran daripada tindakan bapanya dipercayai ingin melemparkan ibunya melalui tingkap rumah mereka.

Dengan ketinggian sembilan tingkat, lelaki itu cuba mengangkat isterinya untuk dijatuhkan ke bawah bangunan. Perkara itu berpunca daripada pertelingkahan pasangan suami isteri itu mengenai masalah kewangan. Lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu teksi kecewa apabila wang yang disimpan untuk membeli rumah di Singapura telah dikembalikan ke Vietnam.

Ketika pertelingkahan itu, lelaki berkenaan juga turut mengugut isterinya dengan berkata “Go and Die”. Kejadian itu bermula apabila lelaki itu cuba mengangkat isterinya yang sedang memberus gigi dan mencuci muka. Walau bagaimanapun, percubaan itu gagal apabila lelaki berkenaan tergelincir dan jatuh ke lantai.

Anak perempuan pasangan yang menyedari kejadian itu terus mendapatkan bantuan daripada jiran-jiran yang berdekatan. Pada mulanya, dia menjerit “bantu ibu, bantu ibu”. Gadis itu juga turut mengetuk pintu rumah jirannya bagi mendapatkan bantuan.

Hasil tindakan pantas gadis berkenaan, tiga orang jiran telah datang memberikan bantuan. Salah seorang daripada mereka telah menghubungi pihak polis bagi mengatasi masalah berkenaan.

Sepanjang siasatan dijalankan, lelaki itu telah dihadapkan dengan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dan dijangka akan dihukum pada 9 Januari 2020. Dia juga menghadapi hukuman penjara tiga bulan dan denda lebih daripada RM4,000.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.