Siakap Keli

Pasangan Kekasih Dibunuh, Ditanam Hidup-Hidup Ketika ‘Memadu Kasih’ Dalam Hutan

Satu pasangan kekasih dilaporkan telah dibunuh dengan kejam ketika mereka sedang berasmara di dalam kereta. Pasangan itu telah diserang ketika ‘bersama’ dan ditembak sebelum dikuburkan hidup-hidup.

Motif kejadian itu adalah bertujuan untuk mencuri kereta jenis SUV Volkswagen yang digunakan bagi pasangan itu memadu kasih. Dua orang penjenayah itu telah menyerbu mangsa mereka berdekatan di  sebuah hutan berhampiran Gutyrivka , Ukraine.

Menurut laporan media tempatan, pasangan kekasih itu sering datang ke tempat kejadian untuk menghabiskan masa bersama. Disebabkan kekerapan mereka berada di tempat itu, penjenayah telah mensasarkan mereka untuk kegiatan jenayah.

Laporan mengatakan mangsa lelaki telah ditembak pada bahagian kepala sebelum menuntut barang kemas daripada mangsa perempuan. Kemudiannya, penjenayah turut bertindak menembak wanita itu di bahagian kepala.

Gambar: Mail Online

Bukan setakat itu sahaja, kedua-dua mangsa telah ditanam di dalam hutan berkenaan. Menurut pihak polis, pasangan itu masih bernyawa sebelum mereka ditanam. Kematian lelaki dan wanita itu adalah disebabkan telah ditanam secara hidup-hidup.

Gambar: Mail Online

Selepas membunuh pasangan itu, penjenayah mengambil Volkswagen tersebut dan menyembunyikannya di garaj. Setahun kemudian, penjenayah telah menjual bahagian-bahagian kereta itu yang dileraikan. Akibatnya, dia telah ditangkap oleh pihak polis.

Sumber: Mail Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.