Siakap Keli
Foto: Aiza Othman

Sebak, Pak Cik Berdiri Tengah Panas, Gantung Kadbod Pada Leher Sambil Jual Cili Padi Buat Ramai Terharu

Setiap orang ditakdirkan dengan ujian hidup tersendiri. Tatkala kita diuji kesusahan, ingatlah bahawa lebih ramai yang lagi susah daripada kita. Jangan sesekali mengeluh dengan kekurangan diri sendiri.

Tatkala usia sudah lanjut, warga emas ini sepatutnya beristirehat di rumah sambil melayan karenah cucu dan keluarga tercinta.

Apa yang lebih menyedihkan dan pasti ramai yang tidak dapat menahan sebak di dada apabila melihat wajah pakcik tua ini masih menggunakan kudrat untuk mencari rezeki sesuap nasi untuk keluarga tercinta.

Jual cili padi sambil memakai kad manila tertulis perkataan ‘cili padi’

Langsung tak duduk

Tadi pegi petronas nak bank in duit, terpandang seorang pakcik di tempat parkir motorsikal tu, rasa kesian pulak tengoknya.Waktu gerimis pun dia berdiri je sambil pegang jualan cilinya tu. langsung tak duduk. 

Macam dalam gambar tu lah, hati tergerak nak beli cili walauupn kat rumah dah ada pokok cili. Sambil cangking cili sepeket tu tanya pakcik tu.

Saya: Sepeket RM 4 ye pakcik?

Pakcik: Ya, 250g.

Saya: pakcik duduk mana?

Pakcik: Duduk Parit Raja

Saya: Hulur pakcik RM10

Katanya dalam satu perbualan dengan pakcik berkenaan, dia ikhlas memberi bakinya kepada warga emas tersebut walaupun ianya ditolak namun, kata wanita ini, dia tetap untuk menderma. Tambahnya, dia tidak terniat untuk menunjuk namun rasa terharu dengan semangat pakcik ini untuk bekerja pada usia sekarang.

Korang yang mana pernah lalu situ, supportlah pakcik tu, kesian berdiri lelama kat situ. Ini hanya untuk kongsi bersama saja. 

Rata-rata netizen turut memuji sifat wanita ini sekaligus mendoakan kepada warga emas tersebut supaya diberi usia yang panjang dan rezeki yang melimpah.

Setahu saya pakcik ni menjual berpindah randah

Semoga Allah merahmati mu

Sikap yang terpuji moga Allah lindungi kamu berdua

 

Sumber: Aiza othman

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang