Siakap Keli

(Video) ”Malang Tidak Berbau”, Video Kereta Langgar Lembu Sesat Di Lebuh Raya Tular

Satu video rakaman dashcam yang memaparkan kejadian kemalangan membabitkan kereta yang sedang menggunakan lebuhraya melanggar seekor lembu yang dipercayai sesat telah tular di media sosial.

Video yang berdurasi selama 44 saat itu dirakam oleh seorang pemandu kereta dengan menggunakan kamera dashcam yang terdapat pada keretanya.

Ketika kejadian, kereta yang dipandunya itu secara tidak sengaja telah melanggar seekor lembu yang secara tiba-tiba muncul di tengah-tengah lebuhraya.

Kerana tidak nampak akan kelibat lembu tersebut, pemandu kereta itu telah melanggar lembu yang dipercayai sesat lalu telah menyebabkan cermin di hadapan kereta pemandu itu retak.

Video rakaman tersebut telah mendapat lebih 2 ribu tontonan daripada netizen di media sosial.

Susulan daripada itu, orang ramai yang menggunakan jalan raya dinasihatkan sentiasa berhati-hati ketika memandu kerana kemalangan boleh terjadi tanpa disangka.

Sumber: Info Kemalangan Jalan Raya

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.