Siakap Keli
Kredit: My Crime Watch

(Video) Viral Abang ‘Sado’ Kantoi Mencuri Masa Sembahyang, Larikan Beg Jemaah Lain Waktu Sujud

Pelbagai cara digunakan penjenayah untuk melakukan perbuatan terkutuk mereka. Bahkan, ada yang berpura-pura bersolat untuk mencuri barangan jemaah lain yang sedang solat.

Menurut My Crime Watch, seorang lelaki didakwa telah melarikan beg seorang rider Grabfood yang sedang bersolat di sebuah masjid di Ampang pada 12 Disember lalu.

Akibatnya, mangsa kehilangan kunci motor, dompet dan telefon bimbit miliknya.

Detik kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan dan jelas menunjukkan muka penjenayah tersebut.

Dalam video berkenaan, lelaki itu berpura-pura solat bersama jemaah yang lain mengikut imam. Ketika semua orang sujud, dia bingkas bangun dan mengambil beg jemaah lain sebelum segera beredar keluar dari masjid.

Lantaran itu, ramai netizen mengecam perbuatan lelaki yang disifatkan sebagai sihat dan ‘sado’ itu, namun memilih untuk melakukan kerja terkutuk.

Badan sihat tapi mencuri

Sado kalau kena sebat dengan malaikat tak boleh buat apa jugak

Badan sihat, ada rupa tapi perangai…

Kesian rider Grabfood

Berlakon solat je tu

Aku harap kau mampus cepat

Di saat orang lain bekerja keras separuh mati untuk cari rezeki halal buat keluarga, ada pula yang mengambil jalan mudah dengan mencuri.

Dalam ramai-ramai mangsa curi, samun atau rompak, pasti ada antara mereka yang melakukan dua tiga kerja untuk sara keluarga. Pasti ada juga yang bekerja untuk menampung kos perubatan keluarga.

Kepada pencuri, gunalah badan sihat tu sebaiknya. Jangan dah sakit terlantar baru menyesal. Ajal, sakit ni berlaku tiba-tiba je.

Sumber: My Crime Watch

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.