Siakap Keli

Amal 21 Tips Diet Ini, Pemuda Dedah Berjaya ‘Hilangkan’ 36kg Dalam 6 Bulan, Dari XL Ke XS

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari saja lagi. Pasti ramai diantara kita yang sedang sibuk menulis senarai azam untuk dikecapi setibanya tahun 2020.

Selain daripada azam untuk berhenti merokok bagi perokok-perokok, azam untuk menurunkan berat badan atau kurus juga adalah merupakan salah satu azam yang popular dan paling diinginkan kebanyakan daripada kita.

Justeru daripada itu, untuk merealisasikan azam anda, seorang pengguna Facebook yang bernama Ahmad Zulzaidi Zulkarnain ada berkongsikan mengenai cara serta tips yang digunakannya untuk menurunkan berat sebanyak 37kg dalam masa 6 bulan sahaja.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

DIET KALORI : FROM XL TO XS

Pertama sekali kita kena faham apa itu DIET. Ramai yang silap termasuk saya, ingat DIET tu bermaksud tak makan. Itu tanggapan yang sangat-sangat salah. DIET sebenarnya bermaksud PEMAKANAN YANG SIHAT. Selebihnya boleh rujuk dengan pakar pemakanan ye.

Nak turunkan berat badan ni, paling penting kena jaga pemakanan. Senaman perkara kedua. Kemudian kena bersedia dari segi fizikal dan mental. Kena disiplinkan diri. Kena kuat melawan nafsu. Dan kena tahu dan set goal kenapa kita nak kurus. Bila dah set baru ada semangat untuk kurus kan. Macam saya, goal saya adalah pulih dari GOUT. Ya saya adalah pesakit GOUT. Sakit ooo, so bila terasa nak menyimpang je dari landasan saya teringatkan sakitnya GOUT tu, itu la jadi motivasi kepada saya untuk kurus.

Wajib breakfast

Gambar hiasan

1. Nak kurus, breakfast jangan tinggal, WAJIB! Waktu yang terbaik adalah antara pukul 7am-8am. Selalunya menu saya sandwich telur rebus atau telur setengah masak 2 biji bersama roti wholemeal 2 keping.

Cukup tidur

Gambar hiasan

2. Tidur kena cukup. Sekurangnya 6-8 jam. Jangan terkejut dalam tidur pun kita boleh bakar kalori. So waktu tidur kena jaga. PENTING!

Cukup makan

Gambar hiasan

3. Saya makan dalam 5 atau 6 kali sehari. 3 menu utama dan 2 atau 3 menu sampingan (snack). Tapi snack tu bukan keropok ye. Mengikut keperluan kalori badan anda.

Air

4. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula.

Kuantiti pengambilan air

5. Minum banyak air kosong. Setiap 30kg bersamaan 1L air. Contoh, kalau berat kita 97kg macam saya dulu kena minum sehari 97/30=3.23L air setiap hari. Bundar kan jadi 3L la, tak payah la nak berkira sangat dengan 0.23L tu.

Buah-buahan dan sayuran hijau

Gambar hiasan

6. Perbanyakkan makan buah-buahan & sayuran hijau. Tapi jangan pula makan buah tu letak asam ye, pengambilan garam juga kena jaga dan kalau boleh elak menggoreng sayur, rebus ye buat sup sayur.

Pengambilan nasi

Gambar hiasan

7. Ramai orang diet elak nasi, kata nasi menggemukkan. Sebenarnya nasi tidak menggemukkan jika kita bijak mengawal pengambilannya. Lagipun kitakan orang Malaysia, tak boleh tinggalkan nasi. So nasi saya makan waktu lunch sahaja. Ambil segenggam atau sesenduk saja, jangan lebih sebab nasi tu karbo. Segenggam atau sesenduk nasi bersamaan lebih kurang 150 kcal.

So, kena kawal pengambilan gula dan karbo. 2 benda ni kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat BESAU & SIHAT.

Roti wholemeal

Gambar hiasan

8. Roti? Boleh je kalau nak makan roti tapi elak makan roti putih. Sebaiknya makan roti wholemeal. Contoh roti gardenia yang hijau tu. Tapi setiap meal utama limitkan kepada 2 keping sahaja. 2 keping pun dah 154 kcal.

Elak mee kuning dan kueh teow

Gambar hiasan

9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kueh teow sebab makanan tu berminyak. Bihun ok tapi jangan dibantai bihun goreng pulak, bihun sup ye atau tom yam.

Makanan yang perlu dielakkan

Gambar hiasan

10. SANGAT PENTING! Elakkan makanan bergoreng, berminyak, berlemak, makanan laju (fast food) & sewaktu dengannya. Elakkan juga makanan dalam tin & makanan yang telah diproses seperti daging burger, nugget dll. Semua tu feberet tu.

Protein

Gambar hiasan

11. Saya selalu makan ayam, ikan dan daging kadang-kadang. Saya makan yang grill atau steam sahaja. Selalu suruh wife buat sup ayam sampai wife pun naik boring. Yang goreng-goreng elak ye.

Jangan skip makan malam

Gambar hiasan

12. Ini pun penting. Jangan skip makan malam. Sebaiknya makan sebelum pukul 8pm. Kalau sebelum nak tidur (selepas 3 jam makan malam) terasa lapar, boleh minum susu rendah lemak (susu HL) atau air kosong (jimat kalori).

Bersenam

Gambar hiasan

13. SENAMAN? Selalunya saya buat masa weekend je. Boleh buat 2 atau 3 kali seminggu. Buat senaman kardio atau workout macam Kevin Zahri. Saya tak pernah pergi gym. Kalau anda nak pergi terpulang.

Tak guna ubat untuk kurus

Gambar hiasan

14. Ramai yang bertanya, ubat apa yang saya ambil untuk kurus. Terus terang saya memang tak ambil apa-apa ubat. Saya berjaya turunkan berat badan tanpa penggunaan ubat-ubatan atau supplement.

Berpuasa

Gambar hiasan

15. Ramai yang tahukan puasa juga salah satu diet yang terbaik. Selalunya bila tiba bulan Ramdhan mulalah berazam nak diet untuk kurus. Puasa juga bagus untuk mengimbangi kandungan gula dalam darah. So bolehlah berjinak berpuasa sunat setiap hari isnin & khamis. Kalau boleh buat semua puasa-puasa sunat yang ada lagi bagus. Puasa juga mendidik kita mengawal nafsu jika kita ikhlas kerana Allah. In shaa Allah!

Periksa keperluan kalori terlebih dahulu

Gambar hiasan

16. INGAT! Sebelum kita mulakan diet pastikan kita check terlebih dulu berapa keperluan kalori kita dalam sehari untuk kita turunkan, kekalkan atau naikkan berat badan. Anda boleh check di sini http://www.calculator.net/calorie-calculator.html

Pantau pengambilan kalori

Gambar hiasan

17. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yang kita ambil. Nak diet ni kena rajin, tak boleh malas. Kena pantau pengambilan kalori setiap hari untuk kita kekal dalam landasan. Boleh install di telefon pintar anda apps MyFitnessPal untuk kita kira dan pantau kalori kita setiap hari.

Elakkan dari stress

18. STRESS. Cuba elakkan dari stress kerana stress boleh jejaskan program diet kita. Macam saya dulu kalau saya stress saya suka makan atau mengunyah. Jadi memang amalan yang tak bagus. Kalau rasa nak marah atau stress cubalah beristifar, in shaa Allah.

Berdoa dan istiqomah

Gambar hiasan

19. Jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya diberi kekuatan, semangat serta istiqomah dalam program diet anda dan dalam apa perkara sekalipun. Apa-apa pun semuanya dengan keizinan dari Nya.

Buat catatan

Gambar hiasan

20. Sila mencatat (take note) pemakanan 80% dan senaman 20%, so jagalah pemakanan. Jika kita bersenam tapi pemakanan tidak dijaga memang kelaut la diet kita tu.

cheat day

Gambar hiasan

21. Sebagai tips tambahan, adakan 1 hari menipu (cheatday) bukan menipu orang ye, menipu diet anda. So hari tu kita boleh makan apa sahaja tetapi dalam kuantiti yang terkawal. Saya buat sebulan sekali sebagai reward setelah penat lelah kita berdiet.

Diharap dengan sedikit ilmu dan pengalaman yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua untuk mencapai berat badan yang ideal untuk jangka masa yang panjang dan kekal sihat in shaa Allah.

Akhir kata, terima kasih kepada coach online saya iaitu Mr. Kevin Zahri & terima kasih juga kepada anda semua kerana sudi membaca coretan saya.

Sumber: Ahmad Zulzaidi Zulkarnain

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.