Siakap Keli
Kredit Foto: bernama

Ikan Lumba-Lumba Diselamatkan Sekumpulan Pelajar UMT Ditemui Mati

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun merupakan individu pertama yang menjumpai bangkai ikan lumba-lumba yang mati terdampar dan ianya adalah ikan lumba-lumba yang sama diselamatkan sekumpulan pelajar UMT di Pantai Tanjung Gelam, Kuala Nerus.

“Nampak dari jauh saya ingatkan besi sebab saiznya agak panjang dan warnanya kemerah-merahan, tapi bila pergi tengok dekat, memang terkejut sangat rupa-rupanya bangkai ikan lumba-lumba,” kata Ahmad Nasrul Hazim Ahmad Rahimi.

Menurut Ketua Cawangan Mamalia Marin, Bahagian Penyelidikan Penyu dan Spesies Marin Terancam, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun, Mohd Tamimi Ali Ahmad, ikan lumba-lumba yang ditemui mati terdampar tersebut adalah ikan yang sama diselamatkan oleh sekumpulan pelajar UMT pada Khamis lepas.

Terdapat kesan luka di kepala ikan lumba-lumba dan ianya sudah mula mendengus tanda sedang menahan kesakitan ketika ianya diselamatkan oleh pelajar UMT berkenaan.

Namun dia berjaya berenang semula ke laut walaupun pada mulanya haiwan tersebut kelihatan begitu lemah dan tidak berdaya melawan ombak  yang terlalu kuat.

Bangkai ikan lumba-lumba tersebut akan ditanam mengikut prosedur operasi standard (SOP) di kawasan berhampiran.

Menurut Mohd Tamimi lagi ikan lumba-lumba tersebut telah tercedera ketika ditemui kali pertama oleh pelajar UMT itu.

Organ dalamannya juga mungkin cedera kerana makanan sama ada tulang ikan atau plastik tidak dapat dihadam.

Jika hampir mati, ikan lumba-lumba secara semulajadinya akan mencari pesisir pantai.

Tambahan Mohd Tamimi berkata ikan lumba-lumba ini akan dibedah siasat kerana ianya sudah ditemui mati lebih daripada 24 jam dan organ dalamannya sudah mereput.

Sumber: Bernama

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: