Siakap Keli

”Adik, Mama Teringin Rumah Ni..” Sebak, Kisah Impian Yang Tertunai Tapi Mama Tiada Lagi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu bapa adalah insan yang paling banyak berjasa dan berkorban dalam membesarkan anak-anak. Jadi menjadi tanggungjawab setiap anak untuk membahagiakan ibu bapa selagi mereka masih hidup dengan sedaya yang mungkin.

Namun, kadang-kala belum sempat si anak membalas jasa, ibu bapa sudah pun dijemput dahulu pulang ke Maha Pencipta. Seperti perkongsian oleh seorang individu di laman Twitter, Fahmi Anuarr, mengenai arwah ibunya.

Dia berjaya menunaikan impian ibu tersayang untuk memiliki sebuah rumah yang diinginkan. Tetapi sayangnya, arwah ibunya tidak sempat untuk melihat impian yang telah pun berjaya ditunaikan oleh si anak setahun kemudian, kerana telah kembali ke rahmatullah pada Mac 2019.

Tak sempat, tapi semua ni untuk mama..

Sebelum ni mama duduk di apartment tapi tak selesa..

Dua tahun pasang niat nak sarungkan jubah konvo pada dia..

Mama pejuang sakit barah payudara selama lima tahun

Perkongsian tersebut benar-benar menyentuh hati ramai warga net. Rata-ratanya mengambil apa yang dikongsikan sebagai sumber inspirasi untuk bekerja keras dan membahagikan ibu bapa selagi mereka masih bernyawa.

Beruntungnya mama awak

Bangga,jadi inspirasi

At least berjaya tunaikan permintaan arwah ibu

Sumber : @fahmianuarr

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra