Siakap Keli

“Tiada Dunia Dalam Hatinya,” Rezeki Tak Terduga Penjual Santan, Ditaja Penerbangan ‘1st Class’ Tunai Umrah

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekkah dengan menunaikan ibadah haji atau umrah menjadi impian semua umat Islam. Ianya bergantung kepada soal rezeki kerana bukannya semua dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu di rumah-Nya.

Seperti perkongsian oleh seorang individu di laman Facebook, Quwwatun Aqilah Mohamad mengenai kisah bapa saudaranya yang digelar sebagai Pak Su yang berpeluang menjejakkan kaki ke rumah Allah tempoh hari dengan menunaikan umrah.

Kerja jual santan tapi ditaja menunaikan umrah naik penerbangan ‘business class’

Menurut Quwwatun Aqilah, Pak Su hanya bekerja menjual santan kelapa dan menghantar kanak-kanak ke sekolah tetapi rezekinya sangat luar biasa apabila mendapat tajaan menunaikan umrah buat pertama kali dengan penerbangan ‘business class.’

Ni Pok Su kami,
Kerjanya jual santan, kelapa, hantar budak ke sekolah.

Sungguh rezekinya luar biasa,
Disponsor menunaikan umrah,
1st time naik flight,
1st time nak pegi umrah,
Dapat pula duduk seat business class.

”Tiada dunia dalam hatinya”

Malah, untuk berada di sana selama 12 hari, Pak Su hanya membawa pakaian yang sedikit namun warga emas itu sudah merasakan cukup.

Semalam masa mak kemas beg Pok Su sebelum gerak ke klia,

Barang Pok Su sikit je,
Seluar 1,
Baju hanya 2 helai (mak tambah 1 lagi),
Kain pelikat 1 (mak tambah 1 lagi),
Itu saja.

Nak pergi 12 hari.

Subhanallah,
Teringat kisah sirah sahabat Nabi,
Yang mana pakaiannya hanya 1 atau 2 helai sahaja,
dan Pok Su merasakan cukup,
Tak perlu beli baru.

Mungkin inilah amalannya,
Tiada dunia dalam hatinya,
Hatinya jujur.

Berapa ramai yang kerjanya lebih bagus daripada Pok su
Lebih banyak wang gajinya,
Lebih bagus pakaiannya,
Lebih arif ilmu agamanya,
Tetapi belum lagi menjejakkan kaki ke Tanah Haram.

Mungkin soalnya lebih pada hati..
Yang lain, Allahlah yang memberi kemudahan.

Rata-rata netizen yang memberikan pelbagai reaksi turut merasa kagum dan terinspirasi. Beruntungnya Pak Su terpilih mendapat kurniaan daripada Allah yang tak terjangka dan moga dipermudahkan segala urusan Pak Su.

Allah tunjuk kebesaran-Nya atas kejujuran Pak Su

Sangat terinspirasi

Muka pun berseri

Sumber : Quwwatun Aqilah Mohamad

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra