Siakap Keli

Pendengar Setia, Nenek Tak Jemu Bacakan Al-Quran Untuk Kucing

Bukan sahaja menjadi haiwan peliharaan yang comel, kucing juga boleh menjadi peneman sejati yang sentiasa mendampingi kita selain menghilangkan rasa sunyi dan kemurungan.

Keletah haiwan tersebut yang sentiasa comel pasti akan mendapat perhatian ramai sehingga ada yang tular di laman media sosial.

Seperti kucing yang satu ini, ia tular beberapa hari yang lalu kerana di laman Twitter kerana ciapan yang dimuatnaik oleh Javi_draws memperlihatkan neneknya membacakan kitab suci Al-quran kepada kucing peliharaan mereka.

Menurut Javi, neneknya akan sentiasa membaca Al-quran kepada kucing tersebut dan ini dapat dibuktikan dengan beberapa keping gambar yang memperlihatkan kucing putih peliharaannya duduk dengan tekun apabila neneknya membaca Al-quran.

Kiriman ini juga mendapat perhatian netizen yang sangat teruja dan tidak tahan melihat kecomelan kucing tersebut sehingga mendapat 5.6 ribu ulang kicau dan 22.9 ribu tanda suka.

Kucing awak comel, nenek awak pun comel, terlalu banyak kecomelan!

 Ia kelihatan seperti menikmatinya dan nenek awak sangat comel!

Satu benda yang paling comel ialah kucing itu kelihatan seperti sedang memberikan sepenuh perhatian.

Kucing awak nampak seperti pendengar yang baik.

Sumber: Javi_draws

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra