Siakap Keli
Gambar: Twitter

(Video) Ronaldo ‘Melayang’ Di Udara Hampir 3 Meter, Catat Rekod Gol Terbaik

Peminat sukan bola sepak sering dihidangkan dengan jaringan-jaringan menarik oleh pemain sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo. Nama besar dalam arena sukan bola sepak ini boleh dikatakan dikenali oleh semua orang. Pemain kebangsaan Portugal ini juga pernah melakukan sejarah jaringan tandukan dengan lompatan tinggi sehingga menggegar jaring gol lawan.

Terbaru, Ronaldo telah berjaya memastikan pasukan meraih tiga mata penuh ketika perlawanan Serie A bertemu dengan Sampdoria. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah lonjakan ke udara ketika membuat tandukan jaringan pada minit ke 44.

Lonjakan tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian dunia yang kagum dengan aksi yang dipamerkan oleh pemain terkenal itu. Sebelum jaringan itu dihasilkan, Ronaldo yang menerima hantaran jauh daripada Alex Sandro berjaya melakukan tandukan dan menewaskan penjaga gol Sampdoria.

Menurut laporan media antarabangsa, lonjakan ke udara tersebut mencecah sehingga 2.56 meter yang memerlukan Ronaldo berada di udara selama 1.5 saat.

Ronaldo yang ditemu ramah selepas perlawanan menyifatkan bahawa lawan mereka pada malam itu bermain dengan sangat baik.

Saya sangat gembira dengan kemenangan itu. Ini perlawanan yang sangat sukan, Sampdoria bermain sangat baik. Pasukan itu mempunyai sikap yang baik.

Terpukau melihat aksi Ronaldo, rata-rata netizen nyata bangga dengan persembahan pemain itu malah ada yang menyifatkannya telah melanggar hukum fizik.

“Saya pelajari Fizik di sekolah, tapi saya masih tidak boleh menerangkan mengenai graviti terhadap tandukan ini”

“Kakinya lebih tinggi daripada palang. Sesuatu yang tidak masuk akal”

“Anti-graviti CR7”

Sumber: FIFAWC2018 / SodiumBoy

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra