Seorang wanita di daerah Jawa Timur didakwa telah memukul suaminya sehingga jatuh lalu dipijak kemaluan lelaki itu sehingga pengsan.
Menurut polis tempatan di Probolinggo, pada mulanya, wanita yang berusia 30 tahun dikatakan hanya berperang mulut denagn suaminya itu di kediaman mereka di Desa Kalibuntu.
Menurutnya, mereka bertengkar kerana soal duit dan wanita itu juga mengesyaki suaminya ada menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.
“Semasa bertengkar, wanita berkenaan memukul suaminya sehingga tersungkur dan kepalanya terhantuk di bucu meja. Pada waktu itulah dia memijak kemaluan suaminya sehingga lelaki itu pengsan,” tambah polis itu lagi.
Wanita itu berjaya diberkas dan lelaki malang itu kemudiannya dibawa ke hospital.
Tambahan lagi, suspek juga berdepan dengan tuduhan dalam keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh keuarga suaminya.
Bagaimanapun mangsa yang dikejarkan ke hospital itu dikatakan berada dalam stabil.
Sumber : Awani