Walaupun sudah berusia 104 tahun, tidak menghalang seseorang itu untuk tidak membataskan pergerakan selagi kudratnya masih kuat.
Perkongsian @amriothmann di laman Twitter miliknya telah mendapat banyak reaksi positif dari warganet.
Rata-rata warganet mengagumi semangat juang nenek tersebut yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak muda.
Tiada istilah melayu malas, kalau bertuah ke pulau tuba Langkawi bertemulah seorang wargaemas berumur 104 tahun masih melakukan aktiviti nelayan. Harap pihak yg berkaitan memberi perhatian & pertolongan utk kelangsungan hidupnya.
Tambah beliau lagi, ada keluarga tetapi anak cucu minta istirahat di rumah tetapi tidak dihiraukan. Nenek ini tetap nak juga buat rutin harian dia macam biasa, katanya masih lagi sihat.
Ini tokwan, dia buat belacan sendiri
Hebatnya warga emas, semoga Allah mudahkan urusan beliau
Sumber : Twitter