Siakap Keli

(Video) Tak Berlari Dan Duduk Sebaris, Peminat Indonesia ‘Behave’ Sambut K-Pop Idol Dipuji

Seperti sedia maklum, muzik daripada Korea yang dinyanyikan oleh artis-artis K-pop sudah menjadi satu ‘wabak’ di Malaysia. Apa tidaknya, sekiranya terdapat konsert artis K-pop yang dianjurkan, sudah pastinya akan mendapat sambutan yang sangat baik.

Bukan itu sahaja, ketibaan artis K-pop terutamanya di lapangan kapal terbang sering mendapat perhatian peminat-peminat tegar kumpulan mahupun artis K-pop kesayangan mereka. Malah, ada yang sanggup bermalam di airport semata-mata menantikan artis kesayangan mereka.

Menerusi satu rakaman video yang tular di laman Twitter, peminat K-pop daripada Indonesia dilihat begitu berdisiplin menantikan ketibaan kumpulan K-pop kesayangan mereka. Tidak berlari-lari, hanya sekadar duduk dan memegang telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan detik tersebut.

Sambil bersorak “Winner Winner Winner”, peminat kumpulan Winner dari Korea itu kekal ditempat mereka sambil artis mereka diiringi. Sikap yang ditonjolkan ini nyata berlainan daripada kebiasaan peminat-peminat kumpulan Korea setiap kali tiba di sesebuah negara.

Melalui satu tweet yang dimuat naik sebelum ketibaan kumpulan itu, peminat-peminat Winner diminta untuk menjaga keamanan dan tidak berlari-lari.

Sikap yang ditonjolkan oleh peminat-peminat dari Indonesia nyatanya memberikan gambaran positif terhadap kumpulan peminat artis Korea yang datang ke sesebuah negara.

Sumber: winnerunionina / taetanics

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra