Siakap Keli

62 Plaza Tol Mula Guna RFID Sebagai Pilihan Pembayaran Elektronik Bermula 1 Januari 2020

Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan dalam satu kenyataan media mengenai Radio Frequency Indentification (RFID) bakal dilaksanakan pada 1 Januari 2020.

Menurut kenyataan rasmi yang dimuat di media sosial tersebut, RFID terbuka untuk kenderaan kelas 1 di mana melibatkan 62 palza tol dalam 24 lebuh raya.

Menurut Menteri kerja Raya, sistem RFID merupakan satu mod pembayaran elektronik yang baharu diperkenalkan di samping mod pembayaran sediaada melalui kad ‘Touch N Go’ dan ‘SmartTAG’.

Pengguna juga dapat menikmati beberapa faedah antaranya;

  • Dapat membuat pembayaran dengan mudah dan selesa
  • Tiada kos selenggara yang membebankan
  • RFID ini dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi kerajaan untuk melaksanakan sistem kutipan tol tanpa henti, dengan tujuan untuk meningkatkan perkhidmatan bayaran tol di masa hadapan.
  • Sticker RFID ditampal pada kenderaan dan tidak mudah hilang
  • Mengurangkan isu operasi seperti pengguna lewat meletakkan OBU SmartTAG atau diletakkan secara terbalik dan bateri lemah.

Antara senarai lebuhraya yang menawarkan sistem kutipan tol secara RFID.

 

Sumber: Lembaga lebuhraya Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)