Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Isu nasib etnik Uighur di Xinjiang ini seperti tiada pengakhirannya meski dunia sedia maklum akan tindakan negara China terhadap golongan minoriti tersebut.
Ia bukan lah satu lagi rahsia dengan adanya pelbagai medium media yang membongkarkan dan membuktikan tindakan mereka.
Terlalu banyak bentuk penindasan yang terpaksa dilalui oleh etnik Uighur membuatkan kita terfikir betapa kejamnya mereka kerana binatang pun mempunyai perasaan kasih dan belas kasihan.
The Diplomat ada mengeluarkan senarai 22 negara di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang bersetuju untuk menentang kekejaman pemerintah China terhadap etnik Uighur.
Kumpulan ini menandatangani sekeping surat yang ditujukan kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan Pesuruhjaya Tinggi PBB Bagi Hak Asasi Manusia, menggesa China menamatkan tahanan besar-besaran di Xinjiang.
Berikut adalah senarai negara-negara yang menyatakan tentangan mereka secara terbuka terhadap kekejaman China :
Australia
Austria
Belgium
Canada
Denmark
Estonia
Finland
France
Germany
Iceland
Ireland
Japan
Latvia
Lithuania
Luxembourg
Netherlands
New Zealand
Norway
Spain
Sweden
Switzerland
United Kingdom
Tambahan lagi, Amerika Syarikat turut boleh tersenarai dalam senarai dia atas kerana Presiden Donald Trump telah menyuarakan pendapatnya tentang tindakan terhadap etnik Uighur secara terbuka.
Namun begitu, terdapat negara yang yang menyokong polisi negara China dengan turut menghantar surat.
Antara senarai negara yang didakwa menyokong tindakan China :
Algeria
Angola
Bahrain
Belarus
Bolivia
Burkina Faso
Burundi
Cambodia
Cameroon
Comoros
Congo
Cuba
Egypt
Eritrea
Gabon
Kuwait
Laos
Myammar
Nigeria
North Korea
Oman
Pakistan
Philippines
Qatar
Russia
Saudi Arabia
Somalia
Sudan
Syria
Tajikistan
Togo
Turkmenistan
United Arab Emirates
Venezuela
Zimbabwe
Sebelum ini dapat dilihat bahawa negara-negara Eropah banyak menolak polisi kejam Beijing namun agak mengejutkan apabila terdapat negara-negara Islam di Timur yang menyokong polisi ini termasuk Arab Saudi.
Walaubagaimanapun, wakil Asia Malaysia dan Indonesia tidak juga tersenarai dalam menyuarakan hak Uighur.
Meskipun sudah banyak aktivis yang dilakukan untuk menjadi wakil dan menolak kekejaman terhadap Uighur namun buat masa ini dua buah negara ini belum menandatangani apa-apa dokumen.
Sumber : The Diplomat , Hrw