Siakap Keli

Ada Sale Kaw-Kaw Malam Tahun Baru, Ini Diskaun Korang Boleh Dapatkan Shopping Di Sunway Velocity Mall

Masing-masing ada cara tersendiri menyambut tahun baru. Ada yang duduk rumah tonton filem, ada yang keluar tengok bunga api sambil buat countdown. Tapi setiap tahun sama je.. Rutin yang sama berulang.

Tapi, tahun ni akan jadi lebih special. Nak tahu kenapa?

Sebab.. Sunway Velocity Mall akan hidangkan korang dengan pelbagai aktiviti menarik yang korang takkan lupa. Takdelah hambar asyik buat rutin yang sama je setiap tahun. Bosan!

1. Tahun baru dengan selebriti kesukaan ramai

Haa.. Tahu tak, untuk buatkan sambutan tahun baru korang lebih meriah, Sunway Velocity Mall tampilkan selebriti-selebriti popular kegemaran ramai tau. Korang boleh jumpa Hael Husaini, Janna Nick, Danny Khoo (Ah Boy), Jie Ying, Juztin Lan, Aina Abdul, Insomniacks, Dennis Yin & Dance Crew dan ramai lagi!

Konsert bersama Faizal Tahir, sambutan tahun baru 2019.

2. Lapar? Jangan risau, ada lebih 100 gerai makanan untuk korang pilih

Sapa tak suka makan, kan? Nak buat countdown tahun baru pun tak semangat kalau perut lapar. Tapi jangan risauu. Korang takkan lapar dekat Sunway Velocity Mall sebab kat sini ada lebih 70 gerai makanan di Street Food Bazaar dan lebih 30 food truck yang akan buat korang rambang mata nak pilih mana satu.

3. Mesra si kecil

Kalau berjalan-jalan dengan si kecil, mesti akan ada babak mereka mula kebosanan. Nak pujuk senang je, bawa je anak-anak korang main permainan percuma dekat sini.

Ada inflatable castle dan permainan retro yang akan pasti buatkan anak korang teruja.

Bukan je seronok main, tapi siap boleh dapat hadiah lagi. Eh dahlah main percuma, dapat hadiah pulak tu, berbaloi-baloi!

4. Sale!

Dah jejak mall, takkan tak shopping kan. Masa ni lah nak beli barang idaman korang selama ni pada harga yang lebih rendah. Sempena sambutan malam Tahun Baru, Sunway Velocity Mall akan buat Twenty Twenty Tuesday Crazy Deals tau.

Ada barangan yang dijual pada harga RM2 atau RM20 je lepas diskaun. Bukan potongan RM 20 tau, tapi potongan sehingga RM300 sampai tinggal RM20 je. Uish, menyesal sepanjang tahun kalau terlepas sale nih!

Antaranya..

5. Zon VIP percuma

Biar betul? Bukan senang nak dapat tiket konsert percuma, apatah lagi zon VIP. Macam mana nak dapatkan?

Caranya adalah, korang perlu berbelanja hingga RM800 dalam maksimun 4 pembelian di outlet terpilih.

Lepastu, tebus resit dan dapatkan tiket VIP percumaa.

6. Waktu operasi dipanjangkan

Sempena sambutan Tahun Baru ni, waktu jualan mall akan dipanjangkan sampai pukul 1 pagi untuk korang. Jangan risau, pengangkutan awam MRT & LRT pun akan dipanjangkan pada waktu yang sama.

Malas nak drive dalam jem? Naik je GRAB dan gunakan kod “SVMNYE20“. Takpun, bermalam je dekat Sunway Velocity Hotel berdekatan. Senang cerita.

7. Saringan kesihatan

Kat Sunway Medical Center pula, korang boleh bawak mak ayah, anak-anak atau diri sendiri jalani ujian kesihatan dengan diskaun 30% untuk pakej terpilih.

Seramai 77 orang pakar menawarkan rawatan untuk sesiapa yang memerlukan, bahkan rawatan kecemasan 24 jam juga tersedia untuk pesakit yang memerlukan rawatan segera.

8. Preview rumah baru

Sedang mencari rumah baru untuk didiami bersama keluarga tersayang? Sunway Velocity Two kan ada. Bukan saja dekat dengan 3 stesen MRT dan 2 stesen LRT, tapi residensi ni berhampiran dengan Sunway Velocity Mall dan pusat perubatan, kolej, hotel dan sentral park seluas 2 ekar.

Fasa baru akan dilancarkan pada awal tahun depan. Untuk maklumat lanjut mengenai Sunway Velocity Two, boleh hubungi 017-964 0700.

Korang juga boleh lawati Facebook, Instagram, Youtube dan lawan web Sunway Velocity Mall untuk tahu lebih lanjut pasal tawaran hebat sempena Sambutan Tahun Baru 2020 ini. Jangan ketinggalan ya!



Amira

Love yourself.