Siakap Keli

Sonny Bill Williams Ikut Jejak Ozil Dan Khabib, Kecam Penindasan Terhadap Muslim Uighur

Siapa yang tak kenal dengan pemain rugbi All Black. Beliau dalam ciapan Twitter terbarunya turut menyelar tindakan kerajaan China terhadap etnik Uighur.

Beliau juga mengikut langkah bintang bola sepak, Mesut Ozil dan ahli gusti UFC Khabib dengan memuatnaik satu status di laman Twitternya.

“Saya sangat bersedih bila kita memilih kepentingan ekonomi berbanding sifat kemanusiaan #Uighur”

Ciapan tersebut mendapat lebih 6 ribu ulang kicau dan lebih 9 ribu tanda suka dan disertai dengan imej yang menunjukkan penindasan terhadap etnik minoriti Islam tersebut.

Terdahulu, syarikat penyiaran China telah keluarkan satu siaran perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Manchester City sebagai satu tindak balas terhadap Ozil.

Bahkan pemain Jerman itu juga dikeluarkan dalam permainan video bola sepak yang dihasilkan oleh China. Liga Rugby tidak sama seperti bola sepak atau bola keranjang yang dibayar lumayan oleh China.

 

Sumber: The Guardian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)