Siakap Keli
Kredit Foto: lginjuryfirm

Kajian Dedah Pandu Perlahan Juga Boleh Jadi Punca Kemalangan Jalan Raya

Ramai yang menganggap bahawa pemanduan laju menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Namun begitu tahukah anda memandu secara perlahan di bawah had yang ditetapkan juga menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya.

Pemanduan secara perlahan bukan sahaja boleh menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas. Malah, ianya juga boleh menyebabkan pemandu lain bertindak memotong kenderaan anda secara merbahaya.

United Kingdom telah mendedahkan bahawa bilangan orang yang terbunuh atau cedera parah akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemandu perlahan semakin meningkat.

Menurut Daily Star, Jabatan Pengangkutan telah mendedahkan bahawa tahun lepas, 26 orang cedera parah dan dua terbunuh di seluruh negara dalam kemalangan di mana polis mengatakan memandu perlahan menyumbang kepada kemalangan itu.

Seramai 132 orang telah mengalami kecederaan ringan akibat kemalangan yang disebabkan oleh pemanduan perlahan.

Difahamkan bahawa orang yang memandu perlahan di bawah had laju yang ditetapkan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Kredit Foto: WFXG

Di UK, orang yang memandu di bawah had laju yang ditetapkan boleh didenda dan dikenakan penalti atas lesen mereka.

Di sesetengah negara, terdapat had kelajuan minimum yang disertakan bersama tanda had laju normal manakala di tempat lain, tanda-tanda tersebut tidak wujud.

Menurut Hugh Bladon, ahli pengasas Alliance of British Drivers, beliau tidak terkejut dengan statistik yang dicatatkan mengenai kemalangan yang berlaku ini.

“Memandu terlalu perlahan pada dasarnya sangat mementingkan diri sendiri dan benar-benar tidak bertimbang rasa kerana ianya akan menjadi punca kepada kemalangan di jalan raya.

Memandu perlahan boleh menimbulkan kemarahan kepada orang lain dan boleh menyebabkan mereka mencuba untuk memotong dengan lebih bahaya.

Sumber: Daily star

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.