Siakap Keli

Tular Kain Rentang Tak Setuju Tulisan Jawi Dalam Kurikulum Bahasa Melayu Digantung Di Pagar Sekolah

Tular sekali lagi isu kain rentang anti Jawi digantung pada pagar beberapa sekolah di Melaka, petik daripada berita Sinar.

Menurut Exco Pendidikan, Modal Insan, Sains dan Inovasi Negeri, Datuk Noor Effandi berkata, pihak berkenaan didakwa mencetak kain rentang dalam jumlah yang banyak sebelum menggantungnya di pagar sekolah ketika pihak pengurusan sedang cuti.

Tambahnya lagi, pihak mereka akan menunggu laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah berkenaan isu tersebut.

“Baling batu, sembunyi tangan,” ini perumpamaan yang digunakan dalam situasi tersebut di mana ada pihak ketiga yang melakukan tanpa diketahui oleh pihak pengurusan sekolah terbabit.

Noor Effendi memberi amaran keras kepada individu yang melakukan ini agar segera menghentikan perbuatan yang boleh memecah belah masyarakat di Melaka khususnya.

Sumber: Sinar harian

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.