Seorang remaja berusia 16 tahun dikatakan hilang sebelum berjumpa dengan dua orang rakannya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tersembam di sebuah parit Ladang Tualang Tumbuh, Kampung Gajah lewat malam tadi.
Mangsa Muhammad Adib merupakan pelajar tingkatan 4 di SMK Seri Iskandar ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 11.50 malam setelah enam jam dilaporkan hilang.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah berkata ketika kejadian mangsa keluar dari rumah dengan menunggang motorsikal untuk aktivit memancing bersama rakannya setikar jam 4 petang semalam.
Namun, sehingga jam 7 malam, mangsa dikatakan tidak juga tiba ke destinasi di mana mereka akan memancing.
Tanda tanya dua sahabat tentang ‘kehilangan’ seorang rakan mereka yang tidak hadir untuk aktiviti memancing akhirnya terjawab apabila mangsa ditemukan dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Menurut rakan mangsa, mereka menjumpai motorsikalnya yang tersadai di tepi jalan dengan beberapa kesan calar akibat terjatuh dan seretan, mangsa didapati terbabas sendiri melalui jalan itu.
Tambah beliau, keadaan parit ketika iru dipenuhi air sedalam tiga kaki, mangsa dipercayai meninggal dunia sekitar enam jam sebelum dijumpai. Malah terdpaat kesan luka pada dahi dan calar balar pada tangan dan kaki mangsa.
Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, terdapat kandungan air yang banyak dalam paru-paru mangsa.
Setakat ini tiada kaitan dengan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Sinar harian