Biasanya ais krim disediakan dengan rasa manis seperti coklat, strawberi serta vanila. Namun begitu, keunikan baharu ais krim ini dibuat dengan perasa paracetamol. Macam mana rasa?
Ais krim dikenali sebagai makanan beku yang diperbuat daripada produk tenusu. Ia dijadikan sebagai pencuci mulut malah kegemaran kepada kanak-kanak kerana mempunyai variasi warna dan rasa.

Dalam satu kajian mengatakan bahawa pengambilan ais krim sebagai salah satu makanan yang membuatkan seseorang berasa senang hat. Hal ini kerana kesan rasa manis pada ais krim tersebut.
Walau bagaimanapun, ada satu kelainan daripada ais krim ini yang dibuat dengan rasa ubat. Aneh tapi ia benar. Ais krim perisa paracetamol ini mula tular di media sosial Indonesia selepas dimuat naik oleh seseorang di Twitter yang bernama Foodfess.
Rata-rata orang ramai yang melihat kiriman ini berasa teruja dan ingin tahu rasa sebenar ais krim paracetamol ini.
Sumber: Food.detik