Siakap Keli

Utamakan Produk Tenusu Tanpa Gula Tambahan

Tambahan gula dalam makanan adalah tidak sihat, apa lagi dengan penambahan gula yang berlebihan.

Jika ingin gula yang mencukupi dalam badan anda, masih ada produk yang mengandungi gula semula jadi tanpa buatan manusia.

Seperti contoh susu dan produk tenusu yang mengandungi gula semula jadi yang dikenali sebg=agai laktosa.

Namun jika ingin mendapatkan ini, pastikan tenusu yang semula jadi tanpa gula tambahan.

Baca perkongsian daripada Public Health Malaysia di bawah ini.

Susu dan produk tenusu mengandungi gula semula jadi yang dikenali sebagai laktosa. 

Gula ini tidak sama dengan GULA TAMBAHAN yang dimasukkan kedalam susu semasa ia diproses.

Susu dengan gula tambahan biasanya mempunyai perisa dan terasa manis. Jika anda ingin membeli sebarang produk tenusu, pilihlah produk tanpa gula tambahan.

* Produk tenusu tanpa gula tambahan / rendah gula TIDAK dikenakan cukai gula.

Sumber: Public Health Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart