Siakap Keli

Niat Nak ‘Panjat’ Gunung Datuk, Gadis Ini Tak Sangka Bertemu Jodoh Sampai Naik Pelamin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Selalunya apabila kita pergi mendaki, mesti akan ada leader yang akan memimpin rombongan. Leader ini adalah orang yang bertugas untuk memandu para pendaki agar sampai ke tujuan dengan selamat. Ia si penanggung jawab.

Namun tidak lengkap jika tanpa keberadaan sweeper. Sweeper merupakan orang yang bertugas untuk ‘menyapu’ rombongan pendakian agar tidak ada barang atau orang yang tertinggal.

Pengguna Facebook Atul Saliwa telah berkongsi kisahnya yang bertemu jodoh bersama weeper semasa mendaki Gunung Datuk.

Sebaik-baik perancangan Allah. Rupa-rupanya Bertemu Jodoh Di Gunung Datuk. Yang asalnya jadi sweeper. Sweep laa sampai ke puncak hati. Mohon berbaik laa ngan sweeper yang single-single ni. Jangan baik dengan sweeper yang “Laki” orang pulak. Buat kawan-kawan yang masih tercari-cari, mohon sentiasa hiking dan sentiasa berdoa jumpa jodoh yang baik.

Pada awal tahun 2018 iaitu pada bulan Mac, Atul mendaki Gunung Datu dan mula berkenalan dengan sweeper yang kini sudah menjadi suaminya.

 

Kemudian mengikat tali pertunangan pada 5 Februari 2019 dan melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2019.

Siapa sangka jodoh bersama sweeper ketika mendaki?

Jom hiking gunung. Mana tahu dapat jodoh

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.