Siakap Keli
Foto: Youtube TED

Kisah Saintis Muslimah Pertama Temui Galaksi Baru, Namakan Galaksi Itu Guna Nama Sendiri

Ahli astrofizik kelahiran Turki, Burcin Mutlu-Pakdil ini berkongsi namanya dengan galaksi cincin dua yang baharu ditemuinya. Galaksi tersebut diberi nama sebagai Galaksi Burcin semperna namanya.

Beliau yang dilahirkan di Turki, membesar dengan melihat bintang-bintang di langit malam. Beliau mengimpikan bahawa suatu hari nanti salah satu galaksi akan dinamakan namanya.

Kejadian tersebut sangat menakjubkan apabila beliau berjaya menemukan Galaksi Cincin Dua yang dianggap sangat unik dan jarang berlaku di dunia.  Pencapaian beliau sangat mengagumkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

Jadikan Einstein sebagai idola

Pada zaman persekolahan, beliau sangat meminati subjek fizik dan mulakan kajian tentang Einstein.

Menurutnya, sebelum beliau melakukan kajian tersebut, kakaknya berkata Einstein merupakan individu yang paling pandai di dunia. pada awalnya beliau menghadapai masalah apabila keluarganya terpaksa berpindah dari Istanbul ke Ankara.

Keluarga menyokong kerjayanya…

Walaupun ibu bapanya  menyokong kerjayanya namun beliau terpaksa berpindah ke universiti di Ankara untuk menyambung dalam bidang fizik. Pada awalnya, saudara maranya membantah untuk belajar jauh daripada keluarga kerana dalam kelasnya, hanya beliau sahaja wanita.

Beliau juga pernah diherdik oleh pensyarahnya kerana memilih untuk belajar dalam bidang fizik. Pada mulanya, pihak universiti tersebut tidak membenarkan dirinya untuk belajar di situ memandangkan beliau adalah seorang muslim. Namun, lama-kelamaan pihak universiti membenarkan untuk memakai tudung.

Walaupun pelbagai cabaran yang dilaluinya, ia menjadikan Burcin bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Bukan itu sahaja, beliau juga inginkan menjadi seorang saintis muslimah di Turki dan sentiasa menjulang impian untuk menjadi model ikutan para muslimah yang lain.

Tak pedulikan komen negatif yang diberi

Sebagai seorang wanita yang memepelajari ilmu fizik ini, beliau tidak berasa seperti orang asing dan terpaksa mengajar dirinya untuk tidak pedulikan terhadap komen negatif dan hanya memberi tumpuan pada semangatnya sahaja.

Kejayaan yang dicapai

Ketika beliau menyambung pelajaran dalam PhD, beliau memenui sebuah galaksi yang baharu. Galaksi yang ditemuinya pada tahun 2017 ini memilik ciri-ciri yang unik.

Galaksi cincin seperti ini belum pernah dilihat sejak pertemuan pertama pada tahun 1950 oleh Arthur Allen Hoag. Objek Hoag ini adalah sebuah galaksi di mana cincin terang bintang biru yang muda mengelilingi badan pusat simetri yang dibentuk oleh bintang-bintang tanpa sebarang tampak antara mereka.

Selepas diteliti, tenyata ianya berbeza daripada objek Hoag tersebut.

Galaksi tersebut unik di mana bentuk dua cincin simetri mengelilingi badan pusatnya dan tidak bercantum dengan badan pusat.

https://www.youtube.com/watch?v=F5ds04xtRdY&feature=emb_title

 

Sumber: National Geographic

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.