Siakap Keli

Datuk Zahazan Nafi Sebarkan Berita Palsu Tentang TeaLive Tidak Halal Melalui Whatsapp

Air minuman boba yang ternyata mendapat tempat di hati masyarakat. Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja individu yang akan memuat naik di laman media sosial.

Walaupun sudah banyak dan pelbagai cara JAKIM mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu halal ini, namun masih lagi ada sesetengah pihak yang itdak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

Terkini, isu tidak halal tempias pada jenama TEALIVE dan bukanlah pertama kali jenama minuman ini dituduh tidak halal. Ada individu mendakwa kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd. Oleh itu, satu kenyataan rasmi secara terbuka dilakukan oleh beliau.

Pihak kami masih menerima pertanyaan awam berkenaan tular yang mempertikaikan status halal premis makanan tealive.

Untuk makluman, penjelasan tersebut telah kami keluarkan sebelum ini dan ianya adalah tuduhan yang TIDAK BENAR.

Penjelasan Isu Status Halal Tealive

Kenyataan Rasmi Datuk Dr. Hj Zahazan Mohamed

Saya, Datuk Dr. Hj Zahazan Mohamed, Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn Bhd ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang mengatakan, “Produk Tealive telah disahkan HARAM oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia” itu bukanlah daripada saya.

Malah saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut. Oleh itu, saya dengan sekeras-kerasnya membantah tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan kenyataan tersebut.

Untuk makluman, berita yang diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah TIDAK BENAR. Kami menegaskan bahawa premis makanan Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.

Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang menular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

Kami juga ingin menasihatkan masyarakat agar menjadi pengguna yang bijak, bermaklumat dan berakhlak mulia supaya tidak mudah dipengaruhi dengan sebaran palsu sebegini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

 

Sumber: Bahagian hab halal, JAKIM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)