Siakap Keli

(Video) Nampak Je Senyum Manis, Tak Sangka Nenek Ini Boleh Buat Korang ‘Terciduk’ Dalam Call Of Duty

Mori Hamako atau lebih dikenali sebagai Gamer Grandma di kalangan masyarakat di Jepun makin popular di negara matahari terbit tersebut.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa beliau digelar sebagai Gamer Grandma. Hal ini adalah kerana kemampuan beliau yang boleh membunuh anda dalam Call Of Duty atau dalam Grand Theft Auto.

Hamako turut mempunyai saluran Youtube yang tersendiri  yang diberi nama Gamer Grandma. Terdapat banyak video beliau bermain permainan video yang popular di saluran Youtube itu.

Oleh sebab itu juga,  saluran beliau itu berjaya menarik hampir 100,00 pengikut dari serata dunia yang berminat untuk melihat beliau bermain.

Dalam satu temuramah bersama Sea Mashable, Hamko, Hamko sebenarnya seorang yang pemalu dan lemah lembut. Berbeza pula dengan perangainya dalam video-video yang tular di Jepun.

Pada mulanya Hamko diperkenalkan dengan dunia permainan video pada tahun 1981 melalui konsol Cassette Vision. Kemudian, dia bertukar pula kepada Nintendo Entertaiment System (NES).

Antara permainan video yang turut dimainkan Hamko ialah, F1 Race, The Legend Of Zelda, dan Dragon Quest.

Sumber : Sea Mashable

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)