Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Enam Makanan Ini Ramai Selalu Makan Tapi Rupanya Boleh Jadi Penyebab Keracunan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila menghadapi keracunan makanan, antara gejala atau simptom yang sering berlaku adalah cirit-birit dan muntah-muntah. Ramai yang menyangka ianya adalah perkara biasa tanpa menyedari penyebab sebenar keracunan makanan tersebut.

Tetapi tahukah anda, enam makanan yang biasa anda makan seharian ini sebenarnya menjadi penyumbang kepada risiko keracunan makanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, ikuti kupasan menarik beserta fakta oleh Hello Doktor seperti di bawah ini.

Penyebab keracunan

Anda boleh mengalami keracunan makanan apabila makanan yang anda makan itu tercemar disebabkan oleh cara penyediaan yang tidak betul dan makan menggunakan tangan yang kotor. Memakan makanan yang sudah tamat tempoh juga boleh menjadi punca.

Tetapi adakah anda tahu, sebenarnya terdapat makanan tertentu yang boleh meningkatkan risiko keracunan makanan. Jom semak apakah jenis makanan penyebab keracunan tersebut.

  1. Telur mentah

Telur mentah sering terdedah kepada pencemaran yang disebabkan oleh bakteria salmonella. Cara untuk mencegah keracunan ini adalah dengan mencuci telur sebelum dimasak dan memastikan ia masak sepenuhnya atau sekurangnya-kurangnya matang. Ibu yang mengandung harus mengelakkan daripada memakan telur separuh masak, okay?

Gambar sekadar hiasan
  1. Sayuran 

Sayuran hijau seperti buncis, salad, sawi, bayam atau sayur-sayuran lain merupakan sajian yang baik dan menyihatkan. Tetapi tanpa anda sedari sayuran seperti ini juga berpotensi menjadi penyebab keracunan makanan.

Ini kerana sayur mudah tercemar dengan kotoran yang terdapat pada tanah. Penggunaan pisau yang sama dengan daging mentah juga boleh menyebabkan pencemaran silang. Jadi berhati-hati, ya?

Gambar sekadar hiasan
  1. Tuna

Ikan seperti tuna juga boleh meningkatkan risiko keracunan apabila ia sudah tercemar dengan scombrotoxin. Masalah ini boleh menyebabkan anda berasa sakit kepala, kekejangan dan kemerahan pada seluruh badan.

Kaedah penyimpanan ikan tuna yang tidak betul atau disimpan pada tempat yang melebihi suhu 60 ℃ akan menyebabkan racun keluar daripada ikan. Bahaya!

Gambar sekadar hiasan
  1. Daging merah

Hidangan daging yang tidak dimasak sempurna seperti daging mentah mengandungi racun dari pencemaran bakteria E.coli. Cara terbaik untuk mencegah keracunan disebabkan oleh daging adalah dengan memastikan ia dimasak dengan sempurna.

Gambar sekadar hiasan
  1. Tiram

Makanan laut dari jenis kerang-kerangan boleh menjadi punca keracunan makanan. Tiram merupakan antara makanan yang boleh menjadi punca keracunan disebabkan pencemaran virus dan bakteria berbahaya dari air yang tersimpan di dalamnya.

Bahkan cara pengendalian tiram yang salah sebelum dan saat dimasak juga meningkatkan risiko keracunan. Tiram mentah biasanya mengandungi racun vibrio vulnificus dan ia boleh memberikan reaksi alahan teruk seperti muntah, cirit-birit dan mual berlebihan.

Gambar sekadar hiasan
  1. Kentang

Biasanya kita akan membeli kentang dalam jumlah yang banyak, bukan? Tetapi selepas ini, mungkin anda ingin membelinya dalam jumlah yang sedikit sahaja. Ini kerana kentang yang disimpan terlalu lama berisiko terdedah kepada pencemaran silang dari Listeria, E.coli, Salmonella dan Shigella. Pencemaran ini boleh berlaku jika kentang disimpan bersama makanan lain seperti daging mentah.

Gambar sekadar hiasan

Kesimpulan

Anda mungkin menganggap bahawa keracunan makanan adalah satu isu kecil. Tetapi hakikatnya mengalami masalah ini boleh mengganggu perjalanan tugasan harian anda.

Jadi sebaiknya, pastikan anda mengutamakan soal kebersihan sama ada dalam aspek penyimpanan dan penyediaan makanan serta kebersihan diri seperti membasuh tangan sebelum makan.

Sumber : Asyikin Md Isa via Hello Doktor

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra