Siakap Keli

(Video) Hampir 5000 Terkepung Di Pantai, Australia Berlumba Dengan Masa Selamatkan Rakyatnya Dari Api Terbakar

Australia mengambil keputusan untuk menggerakkan aset milik Tentera Udara dan Tentera Laut bagi membantu Perkhidmatan Kecemasan membawa keluar hampir 5,000 orang rakyatnya yang terperangkap di pantai, di New South West (NSW).

Negara benua berkenaan ketika ini berhadapan dengan bencana kebakaran dahsyat yang sudahpun meragut nyawa hampir 500 juta hidupan liar dan juga 12 nyawa manusia setakat ini.

”Kami ketika ini mempunyai maklumat ratusan, ribuan orang terkepung di pantai mencari perlindungan di pantai,” kata Shane Fitzsimmons, jurucakap bomba NSW.

Antara aset-aset yang dihantar adalah helikopter pengangkut Chinook dan Black Hawk, pesawat pengangkut serta kapal laut.

Setakat ini, aset-aset berkenaan digunakan untuk memberikan bantuan misi kemanusian di kepada mereka yang terperangkap dan membawa mereka keluar ke kawasan selamat.

Menurut BBC, Australia turut meminta bantuan daripada Amerika Syarikat dan Kanada untuk membantu dalam misi menyelamat ini.

Sumber: BBC

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.