Seorang bapa bertindak mendermakan buah pinggangnya kepada orang lain supaya anaknya akan menerima buah pinggang yang sesuai dengannya setelah menghidap penyakit buah pinggang kronik.
Harry Weir didiagnosis menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak berumur dua tahun dan telah menjalani rawatan dialisis setiap hari untuk meneruskan kehidupannya.
Harry Weir dilahirkan dalam keadaan buah pinggang yang normal namun mengalami sakit yang kerap seperti sembelit dan dia juga mudah dijangkiti virus.
Dia kemudiannya dimasukkan ke hospital Royal Glamorgan dan melalui ujian air kencingnya mendapati dia mempunyai masalah kegagalan buah pinggang.

Menurut bapanya, Mike Weir berkata seminggu sebelum Krismis, mereka telah menemui penderma yang sesuai.
Setelah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang itu, anaknya, Harry telah mengalami sedikit perubahan yang memberangsangkan.
“Saya ingin berterima kasih kepada keluarga penderma serta doktor dan jururawat yang telah terlibat dalam hal ini”tambah Weir.
Sumber: Daily Mail