Kemalangan maut membabitkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun maut setelah dipercayai tercampak keluar dari pangkuan ibunya di Jalan Titi haji Idris awal pagi tadi.
Menurut laporan berita, kejadian yang berlaku pada 7.40 pagi tadi melibatkan sebuah dua buah kereta. Salah satu kereta merupakan kereta sepasang suami isteri bersama bayi mereka.

Kedua-dua kereta tersebut dipercayai bertembung dan terjunam ke dalam parit sawah.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah berkata pemandu kereta tersebut tersepitdi tempat duduk. Manakala bayi itu pula tercampak ke bahagian hadapan kereta.

Bagaimanapun, pemandu berusia 20-an itu patah paha kanan dan kaki kiri manakala isterinya mengalami kecederaan di kepala dan kaki.
Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk menerima rawatan lanjut. Jenazah bayi dihantar ke unit forensik HSB.
Sumber: Astro awani