Siakap Keli

Ibu Dan Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia, Terlibat Kemalangan Ngeri, Kereta Dirempuh Treler

Kemalangan jiwa yang membabitkan ibu dan bayi meninggal dunia di kilometer 160.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pagi tadi.

Menurut Twitter Plusline, kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.55 pagi semalam dan menyebabkan ramai pengguna jalan raya tersebut terkandas sehingga 4 jam lamanya.

Memetik daripada laporan Awani, dua mangsa maut iaitu seorang wanita dan bayi yang berusia 8 bulan meninggal dunia kerana tersepit di dalam kenderaan.

Ibu dan bayi 8 bulan meninggal dunia

Bagaiamanapun, satu kiriman daripada Facebook rakan mangsa, Siti Nurhabibah meluahkan rasa sedih atas kehilangan rakan karibnya. Manakala, satu lagi perkongsian di laman Facebook menzahirkan ucapan takziah untuk keluarga sepupunya.

Mangsa dikatakan berada di tempat duduk belakang kenderaan jenis Proton Waja itu didapati tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala, tiga lagi mangsa daripada kenderaan yang sama hanya mengalami cedera ringgan.

Kedua-dua mangsa dihantarkan ke Hospital Seberang Jaya. Semoga mereka berdua ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Gambar keluarga mangsa

Gambar keluarga ibu dan bayi meninggal dunia dalam kemalangan

Sumber: Awani, Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)